in

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  1. Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  2. Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

[APA ITU PKSK?]

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

[APA ITU SEKOLAH KHUSUS?]

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

[APA ITU SINGLE ENTRY POINT?]

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

BACA JUGA: CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI KEMASUKAN 2022

[Tarikh-Tarikh Penting PKSK 2022]

  • Tarikh Permohonan PKSK 10 OKTOBER 2021 hingga 31 DISEMBER 2021
  • Semakan Pusat boleh dibuat mulai 7 JANUARI 2022
  • Tarikh Menduduki PKSK bagi Tingakatan 1 = 17 hingga 27 JANUARI 2022
  • Tarikh Menduduki PKSK bagi Tingakatan 4 / Tahun 1 KV = 7 hingga 17 FEBRUARI 2022
  • keputusan Tawaran = 15 MAC 2022
  • Rayuan = 15 MAC 2022 hingga 29 MAC 2022 (Tingkatan 1 & Tingkatan 4 / Tahun 1 KV)

[SEMAK SYARAT PERMOHONAN]

  1. warganegara Malaysia
  2. mendaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  3. murid yang berumur 12 tahun pada tahun 2021 (bagi  permohonan ke Tingkatan 1)
  4. murid yang berumur 15 tahun pada tahun 2021 (bagi  permohonan ke Tingkatan 4 / Tahun 1 KV)

[TINDAKAN YANG ANDA / PENJAGA UTAMA PERLU AMBIL]

  • kemas kini maklumat pelajar di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dengan menghubungi pihak sekolah
  • Mendapatkan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada pihak sekolah

[MEMBUAT PERMOHONAN]

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan berikut. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

bagi Tingkatan 1 = (https://spskt1.moe.gov.my)
bagi tingkatan 4 = (https://spskt4.moe.gov.my)

[KENALI FORMAT PKSK]

  • Bahagian A (20%) = Objektif aneka pilihan, melibatkan kecerdasan insaniah (EQ, SQ, SSQ)  & secara dalam talian
  • Bahagian B (70%) = Objektif aneka pilihan, melibatkan kecerdasan intelek & secara dalam talian
  • Bahagian C (10%) = subjektif (respon terbuka, artikulasi penulisan dan tajuk ditetapkan)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

CARA MOHON IFITRI 2022 BANTUAN DANA HARI RAYA UNTUK B40 M40

PANDUAN CHECK PEMILIK KENDERAAN SECARA ONLINE: SEMAK OWNER KERETA

PANDUAN CHECK PEMILIK KENDERAAN SECARA ONLINE: SEMAK OWNER KERETA