in , ,

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN : TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN SEMASA PKP

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN : TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN SEMASA PKP

Seperti yang anda sedia maklum, sebelum negara dilanda wabak dan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasana di Klinik Kesihatan selalunya agak sesak dan padat.Justeru itu,untuk mengelakkan kesesakan di Klinik Kesihatan seterusnya mengurangkan risiko penyebaran wabak covid-19,KKM membuat satu tindakan yang bijak dengan memperkenalkan sistem temujanji.Temujanji ini boleh dibuat secara online.

Tindakan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan dan membuat langkah yang sistematik,ikuti cara-cara untuk membuat temujanji Klinik Kesihatan di atas talian/secara online.

SENARAI PERKHIDMATAN BAGI YANG INGIN MEMBUAT TEMUJANJI

  • Melibatkan kes-kes ringan dan walk-in sahaja.
  • Perkhidmatan pergigian asas seperti:
  • Konsultasi
  • Cabutan gigi longgar
  • Tampalan gigi
  • Scalling
  • Pembaikan gigi palsu
  • Penyakit kronik seperti:
  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Asma
  • Kes MCH.

CARA  MENDAFTAR AKAUN MyGoverment UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE

Sebelum menempah sebarang perkhidmatan Klinik Kesihatan secara online, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Layari laman web ini: https://www.malaysia.gov.my.
  2. Sila pilih Bahasa Melayu atau English terlebih dahulu.
  3. Tekan Daftar.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian Pendaftaran.
    Sila isikan maklumat yang diminta seperti:
    Status Kewarganegaraan
    Nombor Kad Pengenalan
    Nama Penuh
    E-mel
    Nombor Telefon
    Kod Verifikasi
  5. Tekan Hantar.
  6. Anda akan menerima E-mel Notifikasi Pendaftaran Kata Laluan.
  7. Sila semak E-mel anda.
  8. Sila klik pautan di e-mel untuk proses pengaktifan akaun anda.
  9. Tekan butang Klik Di Sini Untuk Mengaktifkan Akaun anda.
  10. Anda akan dibawa ke bahagian untuk Mencipta dan Mengesahkan Kata Laluan.
  11. Masukkan Teks Pengesahan.
  12. Tekan butang HANTAR.
  13. Anda akan menerima notifikasi Akaun Anda Telah Berjaya Diaktifkan.
  14. Sila Log Masuk semula menyempurnakan pendaftaran.
  15. Anda akan diberi pilihan Method untuk Login.
  16. Pilih Password.
  17. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  18. Tekan NEXT.
  19. Masukkan Password.
  20. Tekan LOGIN.
  21. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftarkan akaun.

CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN
Ini adalah cara-cara bagi membuat tempahan temujanji online. Ikuti cara-cara di bawah:

  1. Sila layari Portal Rasmi Kerajaan di sini: https://www.malaysia.gov.my.
  2. Pilih bahagian Perkhidmatan Digital.
  3. Klik pada Permohonan Tempahan JanjiTemu Klinik KKM di bawah sub Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. Anda akan dibawa ke laman Sistem Temujanji.
  5. Lihat bahagian Profil.
  6. Klik pada Tempahan Janjitemu Klinik.
  7. Baca Pemakluman dan Penafian.
  8. Tick pada kotak Setuju.
  9. Tekan Seterusnya.
  10. Sila lengkapkan semua maklumat pada bahagian Tempahan Temujanji Klinik seperti:
    Fasiliti
    Slot Janji Temu
    Maklumat Pelanggan
  11. Tekan HANTAR.
  12. Tempahan temujanji anda sudah selesai.
  13. Sila Muat Turun, Cetak, atau Screesnhot Slip Tempahan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika ada)
  14. Anda akan menerima e-mel Peringatan.

SILA BACA DISINI : CARA GANTI KAD PENGENALAN MELALUI PANGGILAN TELEFON ONLINE (PERMOHONAN GANTI KAD PENGENALAN)

PERHATIAN!!!!

  • Pelanggan akan dibenarkan memilih mana-mana slot janjitemu selewat-lewatnya 1 jam sebelum tarikh janjitemu yang dipilih.
  • Pelanggan hanya perlu memilih slot yang dipaparkan sahaja.
  • Untuk menukar atau membatalkan slot, boleh merujuk semula laman web sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masa janjitemu.
  • Pelanggan perlu hadir 30 minit lebih awal untuk self check-in dan menjalani saringan di kaunter pendaftaran.
  • Pelanggan yang tidak mengikut waktu janjitemu tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot yang baru.
  • Semua pelanggan yang menggunakan sistem ini dianggap telah bersetuju.
  • Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya.
  • Anda boleh mendapatkan aplikasi MyGOV dengan memuat turun aplikasi di Google Play Store atau App Store.
  • Pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat temujanji.

MAKUMAT LANJUT  SILA HUBUNGI

Anda boleh menghubungi pihak mereka melalui talian 03-8000 8000 atau hantar faks ke nombor 03-8888 3721.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000 : LANGKAH UNTUK LULUS PINJAMAN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN : BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE(maybank2u,cimbclick)