in , , , ,

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000 : LANGKAH UNTUK LULUS PINJAMAN

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000

PINJAMAN KERETA GAJI BAWAH RM2000 : LANGKAH UNTUK LULUS PINJAMAN

CARA UNTUK LULUS BUAT PINJAMAN KERETA UNTUK GAJI RENDAH

Harga kereta yang hendak dibeli tidak boleh melebihi jumlah gaji atau pendapatan setahun seseorang.So,dari jumlah ini anda sudah boleh merancang untuk memilih kereta yang ingin dibeli.Contoh,gaji anda RM2000 sebulan,jumlah gaji setahun sebanyak RM24,000.Oleh itu,kemungkinan kereta yang sesuai dengan anda ialah Perodua Axia.
Untuk kes gaji bawah RM2000,erti kata lain RM1500 sebulan,adakah tidak boleh untuk membeli kereta?BOLEH,tetapi anda harus berkorban atau terpaksa memotong belanjawan keluarga untuk menampung bayaran bulanan kereta.Ataupun,anda ada side income yang boleh menampung bayaran bulanan kereta.

LANGKAH-LANGKAH PINJAMAN UNTUK KERETA YANG SESUAI UNTUK GAJI RM2000

LANGKAH 1 :

Pastikan rekod kredit bersih di CTOS/CCRIS.Benda pertama yang bank akan lihat untuk anda membuat pinjaman ialah rekod kredit anda.Jika anda mempunyai rekod bersih,biasanya progress untuk membuat pinjaman akan menjadi mudah dan InshaAllah akan diluluskan.

Selain itu,jika anda pernah disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan atau bank anda harus selesaikan perkara itu terlebih dahulu.

LANGKAH 2 :

Gaji anda mestilah berbaki RM 1000 setelah ditolak bayaran pinjaman kereta,KWSP dan SOCSO.

Contoh kiraan:
Gaji Sebulan RM 1500
RM 1500(Gaji)-RM 165(KWSP)-RM8.75(SOCSO)-RM285(AXIA 1.0 E(MT)= RM 1042.25 (LAYAK)

Jika baki gaji kurang dari RM1000 atau tidak mencarum KWSP anda masih lagi boleh membeli kereta dengan syarat ada seorang PENJAMIN yang berpendapatan tidak kurang dari RM 2000.

Anda juga boleh membuat semakan pengiraan melalui kalkulator yang disedikan oleh pihak bank.Sila Klik Di Sini.

LANGKAH 3 :

Sediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan(depan dan belakang)
  2. Salinan lesen memandu(depan dan belakang)
  3. Slip gaji(3-6 bulan)
  4. Penyata bank(3-6 bulan)
  5. Penyata KWSP
  6. Surat tawaran kerja

 

Dokumen anda mestilah lengkap untuk memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman.Ada sesetengah bank akan membuat panggilan untuk menemuduga secara ringkas.Pastikan anda jawab panggilan tersebut untuk melancarkan urusan.

LANGKAH 4 :

Anda boleh klik DI SINI untuk membuat perbandingan interest setiap bank.Anda boleh masukkan nilai jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh untuk membayar.

Harap dengan adanya article ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda membuat percaturan dalam pembelian.

BACA JUGA DI SINI :

CARA GANTI KAD PENGENALAN MELALUI PANGGILAN TELEFON ONLINE (PERMOHONAN GANTI KAD PENGENALAN)

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CARA REFUND SHOPEE BARANG ROSAK

    CARA REFUND SHOPEE BARANG ROSAK : CARA REFUND BARANG SHOPEE J&T

    CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN

    CARA NAK BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN : TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN SEMASA PKP