in , , , ,

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan peringkat kebangsaan antara yang utama dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Keputusan SPM ditadbir secara berpusat dengan penerapan elemen-elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir Pendidikan Sekolah Menengah.

Sijil Pelajaran Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu SPM digunakan sebagai syarat utama bagi tujuan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan keputusan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang menjadi pilihan calon.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN BIASISWA MARA

Senarai Kandungan

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2024

Tarikh27 Mei 2024
HariIsnin
MasaBermula Pukul 10 Pagi sehingga 6 Petang

Keputusan rasmi SPM 2023 dikeluarkan sepertimana yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan
secara cekap dan teratur. Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat
semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM SECARA ONLINE

Calon boleh menyemak keputusan spm secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM tahun 2023 mulai pukul 10.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang pada 02 Jun 2024.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI SMS

Calon boleh menyemak keputusan spm secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6.00 petang pada 02 Jun 2024.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM tahun 2023.Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.

Maklumat lanjut tentang tarikh dan cara semakan boleh rujuk juga disini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP