in ,

DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA

DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA

DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA

Apakah itu PenjanaKerjaya 3.0?

1) PenjanaKerjaya 3.0 merupakan penambahbaikan daripada PenjanaKerjaya
2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Permohonan untuk PenjanaKerjaya
3.0 di bawah Program PEMULIH 2021 akan dibuka pada 15 Julai 2021 melalui
Portal PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).

2) Permohonan PenjanaKerjaya ini adalah bagi pekerja yang telah melapor diri
mulai 15 Jun sehingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam
tempoh PenjanaKerjaya 3.0.

DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA

[SYARAT KELAYAKAN PENJANAKERJAYA 3.0]

  • Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO kecuali majikan perniagaan milikan tunggal.
  • Majikan yang berdaftar dengan SSM sebelum 1 Januari 2021 atau pihak berkuasa yang lain seperti ROS, ROC, PBT,dan lain-lain.
  • Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah layak bagi kategori Perantisan

[DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN]

i. Dokumen yang perlu dimuat naik dalam Portal PenjanaKerjaya

• Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan,
nombor akaun majikan dan nama bank).
• Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan
oleh Pihak Bank (Business Registraton Number -BRN).
• Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja.
• Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank
yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan
dan nama bank).


ii. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada pegawai PERKESO sekiranya diminta

• Perakuan / Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri
dalam kategori Golongan Mudah Terjejas seperti di dalam jadual.
• Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru serta maklumat slip gaji pekerja sebagai
bukti
• Borang Perakuan Berkanun
• Bukti caruman kepada KWSP bagi pekerja yang baru diambil bekerja

Bayaran insentif pertama di bawah PenjanaKerjaya 3.0 akan dikreditkan ke
dalam akaun majikan atau pekerja (mengikut kategori insentif) dalam tempoh
30 hari selepas permohonan yang lengkap diluluskan.

Majikan hanya perlu membuat sekali permohonan sahaja dan bayaran
insentif bagi bulan-bulan berikutnya akan dikreditkan terus ke dalam akaun
majikan berdasarkan penerimaan bayaran caruman kepada PERKESO bagi
bulan berikutnya.

[TARIKH PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN DIBAWAH PENJANAKERJAYA 3.0]

Permohonan Latihan PenjanaKerjaya 3.0 oleh majikan boleh dibuat mulai 15
Julai 2021 setelah menerima kelulusan permohonan Insentif Pengambilan
daripada PERKESO.

Majikan disarankan untuk membuat permohonan bagi Program Latihan di
bawah PenjanaKerjaya 3.0 dalam tempoh masa 90 hari selepas menerima
kelulusan.

[TARIKH TUTUP PERMOHONAN]

Majikan boleh membuat permohonan Latihan PenjanaKerjaya 3.0 sehingga
31 Mac 2022 bagi setiap pekerja yang diluluskan.

[SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN UNTUK PROGRAM LATIHAN PENJANAKERJAYA 3.0]

  • Majikan yang mengambil pekerja/perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan;
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri sahaja akan diluluskan.
  • Setiap pekerja yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 3.0 hanya layak mengikuti 1 kursus yang tersenarai di sistem latihan PenjanaKerjaya sahaja.

BACA JUGA: CARA BUAT QR CODE

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA

LANGKAH 1: Sila ke laman web rasmi MyFutureJobs = https://employers.myfuturejobs.gov.my/employer-registration

LANGKAH 2: Sila isi Nama Syarikat anda pada bahagian Company Name

LANGKAH 3: Kemudian, sila isi Registration Number (SSM)

LANGKAH 4: Seterusnya, sila isi SOCSO Employer Code No.

LANGKAH 5: Kemudian, Sila isi Tarikh mula beroperasi syarikat di bahagian Company start operation date

LANGKAH 6: Seterusnya, Sila pilih saiz syarikat di bahagian Company Size

LANGKAH 7: Kemudian, sila pilih Sector

LANGKAH 8: Seterusnya, sila masukkan Alamat pada Address

LANGKAH 9: Kemudian, Sila pilih bandar di bahagian State

LANGKAH 10: Seterusnya, nyatakan bandar di bahagian City, poskod pada Postal Code, dan negara pada Country

LANGKAH 11: Kemudian, nyatakan Company Description

LANGKAH 12: Seterusnya, nyatakan Youtube, Business Entity, Business Type, Website Address, Number of Workers (Optional tidak wajib)

LANGKAH 13: Kemudian, sila isi Contact, Full Name, Username, Department, Function Title, Telephone dan Email.

LANGKAH 14: Seterusnya, sila tanda pada kotak persetujuan Terma dan Syarat

LANGKAH 15: Akhirnya, sila klik butang Send For Approval

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BUAT QR CODE

CARA BUAT QR CODE

SEMAK NOMBOR CUKAI PENDAPATAN :CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU

SEMAK NOMBOR CUKAI PENDAPATAN :CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU