Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 (Menawarkan Lebih 5500 Jawatan Kosong Pelbagai Bidang)
Kami kembali lagi!!!
Anda sedang mencari pekerjaan???Risau Covid???
Tidak perlu risau.
Jom kita KASI GEGAU Karnival Kerjaya 2021!!!
Karnival ini diadakan secara atas talian.
Tidak perlu bersesak dan selamat! Tekan sahaja dan terus temu duga.
Lebih daripada 5,500 kekosongan jawatan menanti anda.
Temui kami secara atas talian pada 16 Oktober 2021 ini!!!
Daftar sekarang di pautan https://bit.ly/3lhbBur jumpa anda di talian!
Jangan lepaskan peluang. Anda semua dijemput hadir!
Maklumat program
Karnival Kerjaya Digital ini merupakan anjuran PERKESO Negeri untuk semua warganegara Malaysia dan khusus bagi rakyat Malaysia yang menetap di Melaka.
Khusus buat penduduk negeri Melaka memandangkan syarikat-syarikat yang menyertainya serta peluang kerjaya yang ditawarka adalah di Melaka namun bagi yang tidak kisah untuk berpindah dan kerja di Melaka, anda amat dialu-alukan untuk menyertai karnival ini.
- Program: Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021
- Tarikh: 16 Oktober
- Masa: 9 pagi – 5 petang
- Kekosongan kerja: 5,500 jawatan
- Penganjur: PERKESO Melaka
- Kaedah temuduga: Atas talian
Temuduga secara online
Karnival yang dijalankan secara digital ini akan disertai oleh puluhan syarikat yang mempunyai peluang kerjaya untuk direbut oleh mereka yang melepasi temuduga yang dijalankan.
Peluang kerjaya sebanyak 5,500 kekosongan jawatan boleh dipohon untuk pelbagai tahap kerjaya dan mereka yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga secara online.
Cara Penyertaan
Bagi anda yang mencari peluang pekerjaan dan berminat untuk menyertai karnival digital ini, anda mestilah membuat pra-pendaftaran dengan mengisi borang secara online yang disediakan.
Bagi yang berminat, sila isikan maklumat yang dikehendaki dalam borang PRA-PENDAFTARAN KARNIVAL KERJAYA DIGITAL MELAKA CAREERTRANS 2021.
Setelah mengisi maklumat yang dikehendaki, sila klik butang SUBMIT di penghujung borang tersebut
Pertanyaan Dan Persoalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan sebarang maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya Digital ini, boleh menghubungi mereka melalui kaedah di bawah:
- Private mesej di Facebook page PERKESO Melaka
- Hubungi pegawai bertugas di talian 03-251 6888
Baca Juga Disini : MARA GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME(GREP) 2021(SYARAT DAN PANDUAN UNTUK MEMOHON)