MUET LOGIN :(CARA DAFTAR ONLINE/TARIKH PERMOHONAN/SEMAKAN TEMPAT SESI 1/2/3 2022)
Berikut adalah cara log masuk ke portal MUET, Cara mendaftar secara online, tarikh permohonan bagi sesi 1,2 dan 3 dan semakan tempat ketiga-tida sesi.
BACA JUGA: ASB DIVIDEN :CARA SEMAK BAKI ATAU DIVIDEN ONLINE ASB 2021/2022
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
MUET LOGIN :(CARA DAFTAR ONLINE/TARIKH PERMOHONAN/SEMAKAN TEMPAT SESI 1/2/3 2022)
[MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) CALENDAR 2022]
MUET | SESSION 1 | SESSION 2 | SESSION 3 |
---|---|---|---|
Registration Opens | 7 December 2021 | 3 March 2022 | 30 June 2022 |
Registration Closes | 12 January 2022 | 6 April 2022 | 3 August 2022 |
Speaking Test | 29, 30 & 31 March and 5, 6 & 7 April 2022 | 21, 22, 23, 27, 28 and 29 June 2022 | 11, 12, 13, 17, 18 and 19 October 2022 |
Written Test (Reading, Writing and Listening) | 26 March 2022 | 16 July 2022 | 5 November 2022 |
Results | 30 May 2022 | 15 September 2022 | 12 January 2023 |
[PUSAT UJIAN MUET]
Penempatan Calon Persendirian Individu di sesebuah pusat ujian MUET adalah tertakluk
kepada kelulusan SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan Calon Persendirian
Individu ke pusat ujian lain selain daripada pusat ujian yang telah dipilih.
SPP JPN juga boleh menumpangkan calon sekolah/institusi di pusat ujian lain jika
difikirkan bilangan calon di sekolah/institusi tersebut tidak ekonomik dari segi
pengendalian ujian. Namun demikian, pertimbangan ini perlu mengambil kira beberapa
faktor seperti kedudukan geografi/lokasi dan latar belakang calon di sekolah/institusi
tersebut, serta perlu dibuat perbincangan/perundingan dengan Pengetua/Ketua Jabatan
sekolah/institusi yang berkenaan sebelum tindakan ini diambil.
[CARA PENDAFTARAN CALON UJIAN MUET]
Calon Sekolah/Institusi
Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara dalam talian melalui portal
MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di http://online.mpm.edu.my.
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP JPN)
hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang
akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.
Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama
Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerah
kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.
Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran
calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.
Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan
daripada SPP JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian
ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual
Sekolah di http://online.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi”
untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian
tersebut.
Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk
menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang
berikut:
- Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.
- Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.
- Mengenalpasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada Booklet 1 sahaja.
- Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.
- Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki ujian MUET. Nombor pengenalan diri calon pada PIN MEC juga hendaklah dipastikan betul bagi memastikan pendaftaran dapat dibuat tanpa sebarang masalah.
- Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.
- Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.
- Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku log bagi merekodkan penyemakan MUET/D oleh calon.
- Memaklumkan ke SPP JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-6126 1661/1662 atau emel ke [email protected] dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).
- Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN
Calon Persendirian Individu
Pendaftaran Calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian sahaja
melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di
http://online.mpm.edu.my. Sebarang rayuan pendaftaran lewat secara manual tidak
akan dilayan.
Calon Persendirian Individu dikehendaki merujuk kepada Manual Calon
Persendirian Individu di https://muet.mpm.edu.my dan juga Arahan dan
Panduan Pendaftaran Calon 2022 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi
sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad. Oleh yang demikian,
calon dikehendaki membuat pendaftaran dengan kadar segera sebaik sahaja
pendaftaran dibuka.
Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran
tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP JPN. SPP JPN berhak untuk
memindahkan Calon Persendirian Individu ke pusat lain selain daripada yang telah
dipilih.
Bagi Calon Berkeperluan Khas dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota
(spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan
selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara dalam talian, tetapi
pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah CBK dan keistimewaan yang
dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram
MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini
berhubung MUET. Url bagi channel Telegram akan dicatatkan pada MUET/PP
bagi setiap sesi. Sila rujuk para 7 untuk maklumat berhubung MUET/PP.
MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET
sekiranya calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal dan Facebook
rasmi MPM, serta channel Telegram MUET rasmi.
CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota
(spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan
selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan ke MPM selewat-lewatnya pada 13 Januari 2022 bagi MUET Sesi 1 tahun 2022, 7 April 2022
bagi MUET Sesi 2 tahun 2022, manakala 4 Ogos 2022 bagi MUET Sesi 3 tahun
2022.
Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah
dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam Borang Maklumat Calon Cacat
Penglihatan (Buta), iaitu MUET/C5 (Pindaan 2021) atau Borang Maklumat
Calon Istimewa, iaitu MUET/C6 (Pindaan 2021) (mana-mana yang berkenaan)
mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal
MPM. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami
seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan
Pengetua/Ketua Jabatan (jika calon sekolah/institusi).
Kemudahan dan keistimewaan yang boleh diberikan kepada calon CBK hanya
akan dipertimbangkan jika borang MUET/C5 (Pindaan 2021) atau MUET/C6
(Pindaan 2021) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM. Kelewatan
penghantaran borang tersebut akan menyebabkan calon tidak akan mendapat
Kemudahan dan keistimewaan yang sepatutnya.
SPP JPN hendaklah mengumpulkan borang MUET/C5 (Pindaan 2021) atau MUET/C6
(Pindaan 2021) yang diterima daripada Calon Persendirian Individu dan menghantar
borang tersebut ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).
Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik MUET/C5 (Pindaan 2021) atau
MUET/C6 (Pindaan 2021).