in ,

Panduan Solat Sunat Aidiladha Serta Niat Solat Raya Haji 2021

panduan solat sunat aidiladha

Panduan Solat Sunat Aidiladha Serta Niat Solat Raya Haji 2021.Ini adalah panduan mengerjakan Solat Sunat Aidiladha (Raya Haji).Dalam artikel ini, anda akan dibimbing secara mudah dan jelas. Panduan ini ditulis lengkap dengan amalan lain yang disunatkan pada hari raya Aidiladha.Artikel ini juga dipermudahkan dengan EJAAN RUMI bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.Jika anda berminat dengan panduan ini, mari kita mulakan.

panduan solat sunat aidiladha

Hukum Sembahyang Sunat Aidiladha

Solat sunat Aidiladha dianjurkan supaya dikerjakan setiap tahun pada 10 Zulhijjah.Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang.Mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau kerana berulangnya kegembiraan menyambutnya.Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Raya Haji.Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad, bermaksud sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.

Baca juga: Portal pemohonan rakyat malaysia

Panduan Solat Sunat Aidiladha 2021

Rakaat Pertama

Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Lakukan Takbir Tambahan
Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

(Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).

Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Selesai takbir sebanyak tujuh kali, seterusnya kita akan membaca surah al-Fatihah.
Jika solat berjemaah, surah al-Fatihah dibacakan sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn.

Baca surah selepas al-Fatihah
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain).

Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

Baca juga : FASA 2 SOP SEKTOR SOSIAL (SOLAT SUNAT AIDILADHA) 

Rakaat Kedua

Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Pada rakaat kedua juga dilakukan takbir tambahan.
Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

(Takbir lima kali dan tasbih empat kali).

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Membaca al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

(Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, oleh itu ia wajib dilakukan)

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn.

Membaca surah selepas al-Fatihah
Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah al-Ghasyiyah (atau surah yang lain).

Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehinggalah selesai rakaat kedua.

Memberi salam.

Sesudah salam, dibacakan dua khutbah oleh khatib.

Para jemaah hendaklah diam dan mendengar dengan penuh perhatian.

 

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    tips temuduga online pkp

    Tips Temuduga Online PKP : Teknik Menarik Minat Penemuduga