PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)
berikut adalah ilat perkeso
BACA JUGA: MALAYSIABIZ DAFTAR ONLINE (DAFTAR LESEN NIAGA ONLINE)
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)
Pencen Ilat ini :
- Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
- Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
- Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
- Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima
- Pencen llat tanpa mengira umurnya
Syarat Kelayakan
- Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima;
atau - Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
– Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
– Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
– Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu - Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
- Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan
Tempoh Kelayakan Penuh
- Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
- Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
- Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis
- Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)
Kadar Pencen Ilat
Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.
Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
Tarikh masuk skim > 01/03/2012
Tarikh Notis Keilatan diterima > 01/07/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut
sebelum bulan Notis diterima > 03/2012–06/2015
Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Berdasarkan contoh, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
kiraan
Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
– Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
– Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan
Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Dikurangkan:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada
bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman
Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman