in , ,

Pendaftaran Muet Secara Online

Pendaftaran Muet Secara Online

Pendaftaran Muet Secara Online

Pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

 

Tarikh Terkini Peperiksaan Muet Sesi (3) 2021

Pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2021 akan dibuka dari 27 Julai hingga 12 September 2021.

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan waarganegara) dengan cara membeli PIN MEC di kaunter / mesim ATM / perbankan internet BSN dan juga secara dalam talian melalui https://dapatpay.dapat.com/mpm.

Pendaftaran Muet Secara Online

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai 13 Oktober 2021 dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Semua calon disaran untuk menyertai channel Telegram MUET Sesi 3 Tahun 2021 melalui pautan https://t.me/muets32021 bagi mendapatkan informasi terkini berhubung ujian MUET Sesi 3 Tahun 2021.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau rujuk langkah di bawah untuk pendaftaran.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM

  1. Tarikh pendaftaran dibuka: 27 Julai 2021
  2. Tarikh pendaftaran ditutup: 12 September 2021
  3. Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 23, 24, 25, 29, 30 November dan 1 Disember 2021
  4. Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 4 Disember 2021

Pendaftaran Muet Secara Online

Pendaftaran MUET Online

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di :

  1. Login eSubmission MPM online
  2. Klik butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  3. Calon dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal

Rujuk manual pengguna selengkapnya di bawah ini:

Pendaftaran Muet Secara Online

Baca Juga Disini : eSPMB YAKIN Yayasan Kelantan : Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021/2022

Pengenalan MUET on Demand

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Sebarang Pertanyaan Boleh Berhubung dengan:

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

atau

hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eSPMB YAKIN Yayasan Kelantan

eSPMB YAKIN Yayasan Kelantan : Permohonan Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021/2022

SEMAKAN RAYUAN BPR FASA 2

SEMAKAN RAYUAN BPR FASA 2: TARIKH DUIT DIMASUKKAN