PERKESO SIP GIG 2022 :PERMOHONAN RM600-800 SELAMA 6 BULAN
SIP GIG merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh
maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022. Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
Program SIP GIG dapat memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek dan menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SIP GIG
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang
daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini. - Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di
platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK MENERIMA INSENTIF PROGRAM SIP GIG
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
BACA JUGA: eGUMIS:SEMAK WANG YANG TIDAK DITUNTUT 2022
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
PERKESO SIP GIG 2022 :PERMOHONAN RM600-800 SELAMA 6 BULAN
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari
https://matrix.perkeso.gov.my/ - Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
- Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
SYARAT YANG PERLU DIPATUHI OLEH ORANG BEKERJA SENDIRI (OBS) SEPANJANG MENERIMA INSENTIF PROGRAM SIP GIG
- Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
- Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB UNTUK PENGESAHAN DI APLIKASI PERKESO PRIHATIN
- Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
- Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:
KATEGORI | DOKUMEN |
---|---|
Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja | Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu. |
Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan | Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat) |
Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan) | Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas). |
Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) | Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas). |
Graduan yang menganggur melebihi 60 hari | Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) |
NOTA: Termasuk mana-mana dokumen lain yang perlu dikemukakan kepada PERKESO sekiranya diminta.
KAEDAH PEMBAYARAN INSENTIF PROGRAM SIP GIG
KAEDAH PEMBAYARAN | KADAR KOMISEN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|---|
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti (selama 6 bulan) | RM1,200 atau 40 jam seminggu | RM600 |
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti (selama 6 bulan) | RM2,500 keatas satu atau lebih daripada 60 jam seminggu | RM800 (Tambahan RM200) |
TARIKH AKHIR PERMOHONAN INSENTIF PROGRAM SIP GIG 2022
30 Jun 2022.
[MAKLUMAT LANJUT]
maklumat lanjut sila layari https://www.perkeso.gov.my/ ATAU https://www.myfuturejobs.gov.my/
ATAU
sila dial 03-80915300 / 1-300-22-8000