in ,

GURU KEMAHIRAN VTO : PERMOHONAN TENAGA PENGAJAR VOKASIONAL

GURU KEMAHIRAN VTO

GURU KEMAHIRAN VTO : PERMOHONAN TENAGA PENGAJAR VOKASIONAL

KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO)

Kursus dan sijil VTO diwajibkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai ( Pengajar / Pensyarah / Cikgu ) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia.

APA ITU VTO?

Vocational Training Officer ( Pegawai Latihan Vokasional ) . VTO ni adalah kursus dan jawatan. Untuk melayakkan sesiapa ada kelayakan nak jadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar.

APA KEGUNAAN VTO?

Untuk melayakkan kepada lepasan pelajar SKM atau lepasan Diploma / Ijazah atau sesiapa yang berminat untuk menjadi Tenaga Pengajar. Contohnya, kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di industri, dan ingin menceburi bidang Tenaga Pengajar / Guru di mana-mana Pusat Bertauliah berdasarkan kursus SKM yang telah diambil sebelum ini.

PENGAJAR BIDANG KEMAHIRAN APA YANG BOLEH MENYERTAI KURSUS VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran.

Pelajar akan diajar dengan 7 modul dalam kursus VTO ini dan di industri nanti, pelajar akan mengajar dalam bidang kemahiran yang telah diambil sebelum ini. Contohnya, pelajar automotif dari mana-mana kolej kemahiran, Giatmara , ilp, ikbn ,ikm, dia sedang di dalam perniagaan automotif di samping, dia berminat untuk menjadi pengajar kemahiran. Dia perlu ambil kursus VTO untuk melayakkan dia menjadi Pegawai Penilai (bukan setakat Tenaga Pengajar).

Jika anda ingin mohon VTO secara PPT (VTO-PPT), sila baca betul-betul syarat minima untuk permohonan, iaitu >4 tahun pengalaman mengajar bidang kemahiran (cikgu sekolah atau pengajaran dalam bidang yg tiada kod NOSS tidak dikira). Ada beberapa syarikat/individu yang memberi janji-janji manis boleh mohon VTO secara PPT walaupun tidak memenuhi syarat paling asas ini.

PERMOHONAN VTO 2022

PERMOHONAN VTO 2022

Pendaftaran/pengambilan di:

  • Kepong/Kuching/Penang – Jan 2022
  • Kota Kinabalu – Mac 2022
  • Kuantan – Apr 2022

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DISINI >>>>> Application-form

BACA JUGA DISINI : KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN

Kursus Separuh Masa

  • Setiap Sabtu/Ahad
  • Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan calon
  • Yuran pendaftaran: RM100
  • Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 7 bulan)
  • Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Pengambilan kursus induksi PP-PPD-PPB (Syarat WAJIB bersama sijil VTO untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai):

Rujuk jadual induksi 2022 DISINI

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pengajar yang:

  • kompeten dan diiktiraf sebagai Operasi Latihan Vokasional (VTO I-031-3:2014) bagi
  • memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
  • dapat menyediakan latihan yang bersistematik,
  • berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
  • dapat meralisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan didalam pendidikan kemahiran dan industri semasa.

PELUANG KERJAYA

  • Menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK Swasta/Awam (seperti KV, Giatmara, ILP, IKBN dll)
  • Menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
  • Membuka Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil VTO (Operasi Latihan Vokasional) menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.

KELAYAKAN MASUK

  • Memiliki persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam semua bidang yang diiktiraf oleh JPK
  • Jika tiada SKM 3 lagi, mendaftar sebagai calon PPT bagi bidang yang diiktiraf oleh JPK (bagi calon yg ada pengalaman kerja sahaja)
  • Umur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah JPK dengan 2 tahun pengalaman

Bagi calon yang tiada bajet & boleh berkursus sepenuh masa, sila BACA di bawah untuk tahu KELAYAKANnya. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kursus sepenuh masa VTO CIAST, sila hubungi CIAST di 03-55438200.

  1. Warganegara Malaysia berumur 20 – 35 tahun
  2. Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas); dan
  3. Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut: (Senarai bidang sila rujuk no.4)
  4. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5; atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4; atau
  5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
  6. Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan; atau
  7. Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta; atau
  8. Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta; atau
  9. Sijil daripada IPTA/IPTS/ Institusi Latihan Kemahiran Awam (sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh pengajian dalam bidang berkaitan dengan NOSS dan mengikut keperluan Pusat Bertauliah)

Bagi mereka yang ingin mohon dengan CIAST (sepenuh masa, 9 1/2 bulan), boleh muat turun Panduan_syarat_kemasukan CIAST >>>>>> PANDUAN DAN SYARAT.

SOALAN LAZIM

Jadi Tenaga Pengajar? Untuk mengajar apa?

Pelajar akan diajar dengan 10 modul dalam kursus VTO ini dan di industri nanti, pelajar akan mengajar dalam bidang kemahiran yang telah diambil sebelum ini. Contohnya, pelajar jahitan dari mana-mana kolej komuniti, dia sedang di dalam perniagaan jahitan di samping, dia berminat untuk menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar. Dia perlu ambil kursus VTO untuk melayakkan dia menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar.

Saya tidak mempunyai sebarang Sijil, tapi saya ada kemahiran, boleh ke saya mengajar?

Boleh, anda perlu mendapatkan sijil di dalam bidang kemahiran anda dengan bantuan kami iaitu Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT), masa yang sama anda ambil sijil VTO. Selesai semua, lengkaplah anda sebagai tenaga pengajar di dalam bidang kemahiran anda.

Berapakah lamakah tempoh masa Kursus VTO dijalankan?

Kursus VTO dijalankan selama 9 Bulan iaitu : 3 bulan Teori & 6 bulan Praktikal, tempat praktikal dipilih oleh pelajar sendiri samada Swasta / Kerajaan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EGUMIS :SEMAK WANG YANG TIDAK DITUNTUT 2022

eGUMIS:SEMAK WANG YANG TIDAK DITUNTUT 2022