in

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA : BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA (MAIK)

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA : BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA (MAIK)

Permohonan bagi Dermasiswa Sultan Ismail Petra di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan dibuka tidak lama lagi. Pelajar anak Kelantan yang menyambung pengajian di luar negara dan berminat boleh memohon bantuan MAIK Kelantan,  Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP).

Dahulunya, DSIP dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara, program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan bagi membantu anak-anak Kelantan melanjutkan pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutama bidang Pengajian Islam.

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan cara memohon DSIP.

Baca juga : SEMAKAN PKSK SESI 2023/2024 : CARA SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4

TARIKH PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA

PERMOHONAN BANTUAN MAIK ONLINE

  • Permohonan untuk tahun 2023 akan dibuka pada 1 Januari 2023 secara atas talian.

DERMASISWA ISMAIL PETRA

BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN MAIK

BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
  2. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja (sebulan)

SYARAT KHUSUS

Pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

i) Pemohon Tahun Pertama

  • Pemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.

ii) Pemohon Tahun Kedua

  • Pengajian di Mesir: Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir.
    Pengajian di lain-lain negara: Minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

iii) Syarat Tambahan

  • Maksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.
    Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab lughah, maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian.

BIDANG PENGAJIAN

Berdasarkan surat tawaran dan surat pengesahan pengajian terkini

TEMPAT PENGAJIAN

  1. Mesir (1+4 tahun) : *1 tahun bagi pengajian di Markaz Lughah
  2. Lain-Lain Negara : berdasarkan surat tawaran

CARA MEMOHON

Permohonan dermasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  5. Lengkapkan permohonan dan hantar.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon juga diminta untuk kemukakan bersama senarai dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan atau surat beranak pemohon,penjaga dan tanggungan
  2. Salinan penyata gaji/pendapatan terakhir/ penyata pencen (sekiranya ada)/surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja/bekerja sendiri) ibubapa/ penjaga/pasangan penjaga
  3. Salinan surat pengesahan pengajian terkini
  4. Salinan passport pemohon
  5. Salinan akaun bank
  6. Salinan keputusan peperiksaan terakhir
  7. Surat sokongan/ pengesahan daripada Pegawai Kedutaan / Atasan
  8. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon

UNTUK RUJUKAN

Untuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan di talian 09-7421519 atau hantarkan e-mel ke alamat : [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN PKSK

SEMAKAN PKSK SESI 2023/2024 : CARA SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4

BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR

BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR 2023 : SEMAKAN,TARIKH BAYARAN DAN CARA MEMOHON