in , , ,

SEMAKAN PKSK SESI 2023/2024 : CARA SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4

SEMAKAN PKSK

SEMAKAN PKSK SESI 2023/2024 : CARA SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan suatu kaedah baharu yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi membuat pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Berikut dikongsikan cara semak pusat ujian PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Baca juga : BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : SENARAI BANTUAN & PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

MAKSUD PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PSKK) adalah satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus seperti:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

PERMOHONAN PKSK 2023

Nota: Pautan sistem/aplikasi berikut akan diaktifkan sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka

  • Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
  • Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

SYARAT PERMOHONAN

PKSK TINGKATAN 1

PKSK TINGKATAN 4

Untuk kemasukan ke sekolah khusus, syarat permohonan PKSK kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  • Murid Tahun 6 Tahun 2022
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2010 – 1 Januari 2011
  • Murid Tingkatan 3 Tahun 2022
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2007 – 1 Januari 2008

SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 1

TARIKH SEMAKAN PKSK TINGKATAN 1

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 15 Disember 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 4

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 15 Disember 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

TARIKH MENDUDUKI PKSK

Berikut adalah merupakan tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022:

Tingkatan 1 : akan dikemaskini
Tingkatan 4 / Tahun1 KV : akan dikemaskini

FORMAT UJIAN PKSK

Ujian PKSK akan menggunakan format berikut:

PERKARABAHAGIAN A
(KECERDASAN INSANIAH)
BAHAGIAN B
(KECERDESAN INTELEK)
BAHAGIAN C
(ARTIKULASI PENULISAN)
KAEDAHOnlineOnlineBertulis
(Bersemuka)
JENIS ITEMObjektif Aneka PilihanObjektif aneka pilihanSubjektif
CAKUPAN ISI KANDUNGANEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
WAJARAN SKOR20%70%10%

Pelaksanaan PKSK dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1
    • Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
  • Fasa 2
    • Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

CARA SEMAK KEPUTUSAN PKSK

TARIKH KEPUTUSAN PSKK

Keputusan PSKK untuk pemilihan murid akan diumumkan pada akan dikemaskini kemudian

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : SENARAI BANTUAN & PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA : BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA (MAIK)