in ,

Permohonan Bantuan Bakul Makanan JKM : Bantuan Prihatin Negara

Permohonan Bantuan Bakul Makanan

PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKANAN JKM: BANTUAN PRIHATIN NEGARA

Bakul Prihatin Negara merupakan satu  inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul PrihatinNegara.Ia adalah tambah baik kepada Program Bantuan Bakul Makanan melalui pakej PERMAI dan PEMULIH.

Permohonan Bantuan Bakul Makanan

BARANG BAKUL PRIHATIN NEGARA

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

CARA PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM)

Jika anda terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh membuat permohonan melalui 4 kaedah berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
  5. JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN SEHINGGA PROSES PENGAGIHAN

  1. Rakyat menghubungi Bilik Gerakan JKM /Talian Kasih/media sosial/rujukan pemimpin tempatan
  2. Aduan diterima oleh Bilik Gerakan JKM dan disalurkan kepada PKMD berkenaan (LAMPIRAN A)
  3. PKMD menghubungi Skuad Prihatin Negara bagi tujuan penyaluran Bakul Prihatin Negara kepada rakyat
  4. Skuad Prihatin Negara hadir ke PKMD dan terima Bakul Prihatin Negara daripada PKMD
  5. Agihan Bakul Prihatin Negara dilaksanakan oleh Skuad Prihatin Negara kepada pengadu
  6. Skuad Prihatin Negara membuat google form Akuan Penerimaan daripada pengadu/penerima Bakul Prihatin Negara
  7. Skuad Prihatin Negara submit google form Akuan Penerimaan kepada PKMD setelah selesai membuat agihan
  8. PKMD membuat pelaporan harian agihan Bakul Prihatin Negara berdasarkan Akuan Penerimaan Bakul Prihatin Negara
  9. JKMN/PKMD memajukan Laporan Harian Agihan Bakul Prihatin Negara kepada pihak urus setia JKM Putrajaya

BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA(JKM)

Sila muat turun Borang Permohonan BakulPrihatin disini:

Lampiran A – Borang Permohonan
Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

SOALAN LAZIM

  1. APAKAH KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?
    Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.
  2. BAGAIMANAKAH DENGAN KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?
    Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

BANTUAN KERAJAAN LAIN SILA BACA DISINI:

GKP 4.0 Bantuan RM1000

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

2 Comments

Leave a Reply

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    eSPMB YAKIN Yayasan Kelantan

    eSPMB YAKIN Yayasan Kelantan : Permohonan Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021/2022