APPLY PKSK ONLINE : PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus justeru daripada pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.
APA ITU PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
SENARAI SEKOLAH KHUSUS
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
BAGAIMANA FORMAT PKSK?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
CARA PELAKSANAAN PKSK 2022
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
Fasa 1
- Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Fasa 2
- Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
**Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
CONTOH SOALAN PKSK
Bahagian A: (Soalan SQ, EQ dan SSQ)
1.Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?
Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
2. Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
Telefon, tulis surat, hantar mesej
3.Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
4. Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda buat? Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
5. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda?
Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
6.Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
7.Apakah tindakan jika dibuli kawan?
Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
8.Apakah tindakan jika rakan facebook ajak temujanji?
Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
9.Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
10.Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda?
Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa.
BACA JUGA DISINI : UKKM MRSM : SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KEMASUKAN MRSM 2022
Bahagian B: (Soalan IQ dan Pengetahuan AM)
1.Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8?
YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
2.Apakah nama ibu negara Malaysia
Kuala Lumpur
3. Apakah tema Hari Kebangsaan 2020?
Malaysia Prihatin
4.Siapakah pengasas facebook
Mark Zuckerberg
5.Adat perpatih negeri mana
Negeri Sembilan
6.Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz adalah produk keluaran?
Proton
7.Wau dari negeri mana?
Kelantan
8.Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
Negara China
9.Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
16 September 1963
10.Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
Neil Amstrong
11. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
Tasik Kenyir
12.Siapa pencipta jalur gemilang
Allahyarham Mohamed bin Hamzah
13.Labu sayong asal dari negeri mana?
Perak
14.Namakan bapa pemodenan Malaysia
Dr. Mahathir Mohamad
15.Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi
Sukan berbasikal
16.Siapakah pengasas Apple?
Steve Jobs
17.Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
video masakan
18.Huraikan tentang fotosintesis
Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
19.Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang
Negeri Melaka
20.Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
The rocket pocketman
21.Nama pemain bolasepak Spanyol
Nacho, Sergio Ramos
22.Kaum terbesar di Sabah?
Kaum Kadazan dusun
23.Pulau Pangkor terletak di mana?
Perak
24.Nama Bendera Malaysia?
Jalur Gemilang
Bahagian B: Penyelasaian Masalah
Bagi soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan mengikut silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK.
Bahagian C: Artikulasi Penulisan
Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK ianya adalah ujian penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan membuat latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk peperiksaan UPSR. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK adalah:
- Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
- Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
- Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh pkp dijalankan dimana sekolah ditutup.
- Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan bagaiman anda menyesuaikan diri dengan norma tersebut?
SYARAT PERMOHONAN PKSK 2022
Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun 2021
- Berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
- Murid Tingkatan 3 2021
- Berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007
TARIKH PERMOHONAN PKSK 2022
Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:
- Tarikh buka: 10 Oktober 2021
- Tarikh tutup: Telah dilanjutkan ke 31 Disember 2021
CARA PERMOHONAN PKSK 2022
Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:
- Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.
Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
TARIKH SEMAKAN PUSAT PENTAKSIRAN
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula dari 7 Januari 2022.
Tarikh menduduki PKSK akan bermula pada :
- Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
TARIKH UJIAN PKSK 2022
Ujian PKSK akan diadakan pada tarikh berikut:
- Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
- Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022
SEMAKAN KEPUTUSAN PKSK
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.
Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):