PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO TERKINI ONLINE :SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO 2.0 (CBRM 2.0)
TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada ushawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).
CBRM 2.0 ialah ianya merupakan pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang dimana terjejas ekoran pandemik Covid-19. Perkara ini membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulih semula perniahaan mereka.
Objektif bagi CBRM 2.0 ini adalah untuk membantu usahawan baharu dan sedia ada yang dimana mengalami kesan akibat pandemik Covid-19 yang sedang menjalankan perniagaan di dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan di dalam kesukaran masa pandemik ini.
KADAR PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO TERKINI ONLINE
Untuk pengetahuan anda, bagi kadar pembiayaan yang akan ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 kepada usahawan baru dan bukan itu sahaja, bagi usahawan sedia ada, kadar bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM20,000.
SYARAT UNTUK MEMOHON
Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon mestilah Bumiputera/India dan warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
- Pemohon mempunyai lesen/permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau mendaftar perniagaan melalui SSM.
- Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
- Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
- Pemohon bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
- Baki pembiayaan sedia ada pemohon tidak melebihi RM100,000.
- Aktiviti yang dijalankan oleh pemohon adalah patuh syariah.
CARA UNTUK MEMOHON
Untuk membuat permohonan CBRM 2.0, usahawan yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web TEKUN Online iaitu https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
- Klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.
SOALAN LAZIM
Apakah jenis sektor perniagaan yang layak memohon skim ini?
Sektor perniagaan yang layak memohon skim ini adalah seperti peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, Kontraktor kecil, perniagaan online, pertanian dan perusahaan asas tani.
Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?
Ya. Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.
Berapa lamakah tempoh proses Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)?
Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja (tertakluk pada terma dan syarat).
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI
Untuk maklumat lanjut mengenai CBRM 2.0, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ atau merujuk kepada pejabat cawangan TEKUN Nasional yang berhampiran di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.
BACA JUGA DISINI
CARA DAFTAR SSM ONLINE ezBIZ : PANDUAN LENGKAP DAFTAR SSM ONLINE PERCUMA
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA GANTI KAD PENGENALAN MELALUI PANGGILAN TELEFON ONLINE (PERMOHONAN GANTI KAD PENGENALAN) | PORTAL PERMOHONAN