KWSP 10K : Syarat,Tarikh Permohonan Dan Jadual Pembayaran
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan DUIT KHAS KWSP sebanyak RM10,000.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.
PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10K
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Datoโ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.
Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.
Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online: CARA REGISTER I-AKAUN KWSP ONLINE TANPA KE KAUNTER
Anda juga boleh baca disini :
- RUMAH PR1MA MALAYSIA 2022 : GAJI MINIMA RM1000 PERMOHONAN TANPA SLIP GAJI,KWSP
- i-Ceria KWSP 2022 : PENGELUARAN TERAKHIR DUIT KWSP ONE OFF
- CARA MEMOHON I-SAYANG KWSP
- KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN
Join channel telegram kami untuk mengetahui info mengenai pengeluaran kwsp dan juga bantuan-bantuan lain kerajaan malaysia dan info semasa malaysia >>>> (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)..
MAKLUMAT LANJUT
sebarang kekeliruan, anda boleh layari laman web rasmi KWSP = (https://www.kwsp.gov.my/ms/home)
Ground Floor KWSP Building
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Fax: 03-26988213 , 03-26980723