CARA REGISTER I-AKAUN KWSP ONLINE TANPA KE KAUNTER
Pendaftaran secara atas talian dan pengesahan melalui panggilan telefon akan memberikan ahli akses terhadap I-Akaun dalam bentuk view mode.
i-Akaun view mode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja. Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC).Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah:
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI RM60000
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA REGISTER I-AKAUN KWSP ONLINE TANPA KE KAUNTER
- Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 pada waktu bekerja iaitu pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Anda perlu maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar I-Akaun secara view mode.
- Anda kemudiannya akan diberi Kata Laluan Sementara dan Semakan Nombor Ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) melalui nombor telefon anda.
- Seterusnya, anda perlu layari laman web rasmi KWSP di pautan = (https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login)
- Di laman web KWSP anda perlu menggunakan Kata Laluan Sementara dan Semakan Nombor Ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) yang anda peroleh untuk mengakses I-Akaun
- Selesai. Begitulah sahaja anda boleh menyemak baki akaun, menyemak caruman semasa, menyemak profil, menyemak sejarah pengeluaran, menyemak kelayakan pengeluaran dan melihat apa-apa notifikasi di inbox I-Akaun
Nota:
- Anda juga boleh menukar Kata Laluan I-Akaun anda dengan syarat anda harus menggunakan nombor telefon yang aktif dan terkini.
- Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaun view mode ini.
- Bagi mendapatkan akses i-Akaun (full mode), Ahli perlu membuat pengemaskinian nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC) dan pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) di kios/ kaunter KWSP.
[MAKLUMAT LANJUT]
sebarang kekeliruan, anda boleh layari laman web rasmi KWSP = (https://www.kwsp.gov.my/ms/home)
Ground Floor KWSP Building
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Fax: 03-26988213 , 03-26980723