CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA MESIN KIOSK JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan transformasi jabatannya, memperkenalkan sijil pemilikan kenderaan (VOC) untuk menggantikan sijil pendaftaran kenderaan (RC), yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Jun 2016. Pengenalan VOC masih merupakan sijil pendaftaran yang dikeluarkan sesuai dengan ketentuan Undang-Undang Lalu Lintas Jalan Raya 1987, yang berisi informasi terperinci mengenai pemilik dan kenderaan. Namun, untuk memudahkan transaksi dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau alat untuk hal-hal seperti pembaharuan lesen kenderaan bermotor (cukai jalan), perubahan hak milik, atau pengubahsuaian maklumat. VOC tidak termasuk catatan transaksi bercetak yang terdapat di RC, dan tinjauan data dilakukan secara langsung menggunakan sistem pangkalan data JPJ.
Dengan pembaharuan teknologi masa kini, mesin KIOSK telah direka bagi memudahkan urusan masyarakat namun Situasi seperti geran kereta hilang atau rosak biasa berlaku dalam kalangan pemilik kereta disebabkan oleh situasi-situasi luar jangka tertentu seperti kecuaian, kebakaran atau bencana alam seperti banjir. Jika anda kehilangan geran kereta atau geran motosikal original disebabkan oleh situasi-situasi sebegini, anda boleh mendapatkan semula salinan geran original yang hilang di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda. Anda juga boleh mendapatkan geran di mesin KIOSK JPJ yang mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang dikaunter jpj.
BACA JUGA: CARA TRANSFER DUIT KE ASB GUNA MAYBANK2U
CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA MESIN KIOSK JPJ
- Anda perlu membawa kad pengenalan untuk digunakan pada mesin kiosk JPJ
- Anda akan diminta untuk melakukan imbasan cap jari kanan pada mesin kiosk jpj
- Pada skrin mesin kiosk akan dipaparkan pelbagai pilihan, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan
- Anda akan melihat maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan
- Seterusnya, anda perlu memasukkan kad debit bagi melakukan pembayaran dan tekan nombor PIN anda
- Anda diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM50 untuk Geran kereta Original
- akhirnya, pilih cetakan resit jika perlu
RUJUKAN
Sebarang kekeliruan sila layari laman web rasmi JPJ = (https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama)