APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) : CARA LOGIN APDM 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu aplikasi atas talian yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid.
Aplikasi Pangkalan Data Murid ini boleh diakses oleh guru-guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar dan juga ibu bapa. Modul ini mengandungi maklumat peribadi murid,
kehadiran murid yang boleh di semak mingguan serta bulanan dan banyak lagi.
Berikut dikongsikan panduan untuk login APDM bagi guru, admin sekolah dan juga ibu bapa.
APDM
Aplikasi Pangkalan Data Murid atau nama ringkasannya adalah APDM. Sistem aplikasi yang dibangunkan atau yang diwujudkan untuk memudahkan pihak sekolah, guru serta ibu bapa menyenaraikan maklumat berkaitan murid serta melihat prestasi kehadiran murid ke sekolah. Semua data akan dikemaskini oleh pihak sekolah yang dilantik ataupun melalui guru kelas murid tersebut.
CARA LOGIN APDM
PANDUAN LENGKAP CARA LOGIN APDM ATAU LOG MASUK APLIKASI PANGKALAN DATA MURID UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT MELALUI ONLINE.
- Klik Link Rasmi LOGIN APDM di sini : https://apdm.moe.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke Log Masuk Pengguna.
- Administrator APDM Sekolah Login ke dalam sistem APDM
Sila masukkan :- ID Pengguna : Kod Sekolah (HURUF BERSAR TANPA SPACEBAR. Contoh : ABC1234).
- KataLaluan : ####### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.
- Guru Kelas Login ke dalam sistem APDM (Login apdm guru)Sila masukkan :
(Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Aministrator APDM terlebih dahulu).- ID Pengguna : NOKP GURU (tanpa simbol sengkang @ dash. Contoh : 123456989123).
- KataLaluan : #### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.
- Administrator APDM Sekolah Login ke dalam sistem APDM
- Sila masukkan ID Pengguna anda.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan/Password anda.
Jika anda terlupa Kata Laluan/Password boleh rujuk di toturial dibawah yang kami kongsikan. - Seterusnya, klik butang [HANTAR].
- Anda berjaya Login Masuk ke Halaman Utama APDM KPM.
- Admin sekolah hendaklah menukar Kata Laluan/Password selepas berjaya Log Masuk APDM bagi Pertama Kali bertujuan untuk keselamatan akaun.
- Jika anda sudah berjaya tukar Kata Laluan/Password baru, sila Login semula dengan menggunakan ID Pengguna yang baru bersama dengan Kata Laluan yang baru ditetapkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN APDM
Ini adalah toturial bagaimana untuk anda dapatkan balik Kata Laluan/Password jika terlupa/hilang :
PERKARA | PANDUAN |
---|---|
Cara Dapatkan Balik Kata Laluan/Password APDM Jika Terlupa/Hilang. | 1. APDM LOGIN GURU : Sekiranya terlupa katalaluan untuk guru kelas, sila hubungi admin sekolah untuk reset katalaluan guru pada modul pendaftaran kelas. 2. APDM SEKOLAH : Sekiranya terlupa katalaluan untuk admin sekolah, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan katalaluan. |

APDM IBU BAPA
Kepada para ibu bapa yang ingin Login Masuk ke Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk anak sendiri boleh ikuti panduan di bawah ini :
Cara login apdm ibu bapa
- APDM Login Ibu Bapa/Log Masuk Aplikasi Pangkalan Data Murid.
- Klik Link Rasmi Login APDM Ibu Bapa di sini : https://public.moe.gov.my/?kpm=
MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI IBU BAPA DI APDM
Perkara dibawah merupakan Maklumat yang harus diupdate oleh ibu bapa di Aplikasi Pangkalan Data Murid di apdm.moe.gov.my kemaskini
- Profil Anak Jagaan
- Alamat Anak Jagaan
- Maklumat Penjaga
- Asas Kesihatan
- Perakuan Maklumat
- Cetak BMM
- Cetak Surat Persetujuan Kesihatan
LUPA KATA LALUAN APDM PUBLIC MOE GOV MY
Sekiranya ibu bapa terlupa atau hilang Kata Laluan/Password untuk Log Masuk ke APDM public.moe.gov.my, sila ikuti ringkasan dibawah ini :

PERKARA | PANDUAN |
---|---|
Lupa Kata Laluan/Password Public Moe Gov My | 1. Klik Link Rasmi Reset Kata Laluan APDM Ibu Bapa di sini : https://public.moe.gov.my/?kpm=spatkpm_lupakatalaluan. 2. Terdapat 3 Pilihan Cara yang boleh ibu bapa gunakan untuk dapatkan balik Kata Laluan/Password. 3. Pilih Salah Satu Cara yang paling mudah bagi anda. |
UNTUK RUJUKAN
Sebarang pertanyaan ataupun persoalan anda boleh hubungi terus pegawai yang berkelayakan di bawah ini :
Senarai Nombor Telefon & Emel Pegawai APDM untuk Admin/Guru : https://apdm.moe.gov.my/panduan/EmelAduanAPDM.pdf.