in , ,

BAYAR SAMAN JPJ ONLINE MAYBANK2U : JPJ DISKAUN SEHINGGA 70% 18 OGOS-16 SEPTEMBER 2021

BAYAR SAMAN JPJ ONLINE MAYBANK2U

BAYAR SAMAN JPJ ONLINE MAYBANK2U : JPJ DISKAUN SEHINGGA 70% 18 OGOS-16 SEPTEMBER 2021

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus bagi semua saman kompaun bermula esok sehingga 16 September sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata, pengurangan bayaran saman akan diberikan kepada semua notis saman bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ia juga terpakai bagi notis saman di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dinyatakan iaitu sehingga 16 September.

CARA DAPATKAN DISKAUN 70%
Pembayaran saman boleh dibuat melalui saluran berikut:

  1. Semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTC
  2. Kiosk JPJ
  3. Portal MySikap
  4. Orang ramai digalakkan untuk membayar saman mereka menerusi Portal MySikap secara dalam talian.

Ini memudahkan kerja kita dan tidak memudaratkan orang awam. Ia dapat elakkan kesesakan di kaunter.
Berikut dikongsikan kenyataan penuh JPJ dan cara buat semakan dan bayaran saman online.

CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ

Untuk membuat semakan saman JP secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut:

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Tekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:

  • No ID
  • No ID dan No Kenderaan

Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
Saman JPJ akan dipaparkan sekiranya ada.

CARA BUAT BAYARAN SAMAN DAN DISKAUN 70% (2021)/BAYAR SAMAN JPJ ONLINE MAYBANK2U

Untuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
  2. Sekiranya ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk kali pertama.
  3. Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.
  4. Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada.
  5. Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.
  6. Bila dah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.
  7. Pilih kaedah pembayaran.
  8. Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  9. Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sampai berjaya.
  10. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.

Pengguna disarankan agar merujuk Panduan Umum terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.

BACA JUGA DISINI

CARA BOOKING PUSPAKOM UNTUK LORI : PUSPAKOM ONLINE BOOKING LOGIN

PDRM BORANG RENTAS NEGERI PDF : DOWNLOAD BORANG RENTAS NEGERI TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MOMENT OF STATICAL STABILITY FORMULA : EXAMPLE SHIP STABILITY CALCULATIONS