in ,

BIASISWA IPT MAIK 2022 : Permohonan Bantuan Melanjutkan Ke IPT MAIK

BIASISWA IPT MAIK

BIASISWA IPT MAIK 2022 : Permohonan Bantuan Melanjutkan Ke IPT MAIK

Permohonan Biasiswa IPT MAIK 2022 khas untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA mahupun IPTS.

Pelajar kelahiran Kelantan yang mendapat tempat di Institut Pengajian Awam atau Swasta dialu-alukan untuk memohon.

Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada pelajar yang sudah mendapat tempat di IPTA atau IPTS sama ada di semester pertama atau seterusnya.

Tujuan program ini digerakkan adalah bagi membantu para pelajar melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian di IPT Dalam Negara.

Tarikh Permohonan Biasiswa MAIK

Untuk makluman, tawaran ini terbuka sehingga 30 Aprill 2022.

***Program biasiswa ini terbuka kepada mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat kepada para pelajar.Namun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk melayakkan pelajar mendapatkan program biasiswa ini.

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa MAIK 

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
  2. Merupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  7. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).

Syarat-Syarat Khusus

Terdapat juga syarat khusus yang perlu dipenuhi pelajar bergantung pada peringkat pengajian :

i) Sijil Kemahiran

  • SKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atau
  • Sijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

  • PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya atau
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  • PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya atau
  • Diploma PNGK 3.5 ke atas atau
  • STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas atau
  • STAM yang setara dengan STPM; atau
  • Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

Cara Memohon Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK

Pelajar yang berminat boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  5. Lengkapkan permohonan dengan lengkap.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan tersebut.

Baca Juga Disini : Permohonan Bantuan Laptop Percuma Pelajar IPT

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Biasiswa MAIK

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.
  3. Surat Beranak/Mykid/ Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.
  4. Slip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri).
  5. Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  6. Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan pengajian terkini.
  7. Salinan sijil-sijil kegiatan luar/ko kurikulum.
  8. Salinan sijil-sijil yang berkaitan.
  9. Salinan penyata akaun bank.
  10. Borang pengesahan maklumat pemohon.

***Join channel telegram kami untuk mengetahui tarikh bayaran biasiswa MAIK dan untuk semak status (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOA MALAM LAILATUL QADAR

DOA MALAM LAILATUL QADAR : DOA BERTEMU LAILATUL QADAR

rayuan bkm

RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN