in ,

CARA BUAT BUBUR ASYURA: MENGGUNAKAN RESEPI KELANTAN YANG MUDAH

cara buat bubur asyura

CARA BUAT BUBUR ASYURA: MENGGUNAKAN RESEPI KELANTAN YANG MUDAH 

Kedatangan islam di tanah Melayu telah memberi impak kepada tradisi dan budaya masyarakat setempat. Tradisi islam telah diamalkan oleh masyarakat islam di Malaysia bagi memeriahkan peristiwa-peristiwa penting yang bersejarah dalam islam. Sebagai contoh ialah tradisi Ma’al hijrah dan Asyura, maulid Nabi, Israk mikraj dan seumpamanya. Dari sini, terhasilnya Bubur Asyura yang memainkan peranan didalam budaya masyarakat islam Malaysia.  

APAKAH ITU BUBUR ASYURA?

Bubur Asyura atau dikenali sebagai Sugha, merupakan makanan yang dibuat pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Bubur Asyura mestilah mengandungi 10 bahan jika lebih atau kurang maka, bubur tersebut bukan dinamakan Bubur Asyura.

Selain itu, Bubur Asyura mempunyai pelbagai jenis resepi di Malaysia iaitu: Bubur Asyura Utara, Bubur Asyura Pantai Timur, dan Bubur Asyura Selatan. Kali ini, kita akan membuat Bubur Asyura resepi Kelantan yang mudah dan cepat.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN 

  • 1 kg beras
  • 1/2 kg kacang hijau
  • 4 biji telur
  • Air secukupnya
  • 150 gram kacang merah
  • 6 tongkol jagung
  • 2 biji ubi keledek
  • 1500 ml santan
  • 200 gram rempah asyura
  • 1 kg daging
  • 1 1/2 – 2 sudu besar garam kasar
  • 5 cawan gula
  • 1 sudu besar gula apong
  • 2 keping gula melaka
  • 14 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 4 hiris lengkuas

CARA BUAT BUBUR ASYURA VERSI KELANTAN

  1. Masukkan 1 kg daging ke dalam periuk tekanan serta air secukupnya, dan rebus daging tersebut selama 20 minit. Setelah merebus daging, daging tersebut dicarik sehingga halus. Anda perlu ingat bahawa air rebusan tidak dibuang kerana air rebusan akan digunakan didalam masakan.
  2. Tumis 14 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, 4 batang serai, 1 inci halia dan 4 hiris lengkuas bersama sehingga keluar aroma.
  3. Bahan-bahan yang ditumis tersebut dikisar dan dimasak semula ke dalam kuali bersama 1500 mililiter santan pekat.
  4. Gaul sedikit bahan tersebut dan masukkan 200 gram rempah Asyura. Seterusnya, gaul sehingga sebati dan sehingga permukaan kelihatan sedikit berminyak.
  5. kemudian, 2 keping gula melaka dan 2 cawan gula pasir dimasukkan ke dalam rempah Asyura yang ditambah santan tersebut. gaul sehingga rata dan bahan tersebut diletak tepi.
  6. 1 kg beras dan 1/2 kg kacang hijau ditambah ke dalam air rebusan daging dan beras tersebut dimasak sehingga menjadi bubur.
  7. Setelah beras menjadi bubur, masukkan 150 gram kacang merah, jagung dan 2 biji ubi keledek yang dipotong dadu ke dalam bubur.
  8. Seterusnya, bahan di langkah nombor 5 dimasukkan ke dalam bubur dan digaul sebati.
  9. Masukkan 2 sudu besar garam kasar ke dalam bubur dan daging yang dicarik halus.
  10. 1 sudu besar gula apung dan 3 cawan gula pasir dimasukkan ke dalam bubur tersebut.
  11. Gaul bubur Asyura sehingga likat dan kelihatan berkilat.
  12. Anda juga diberi pilihan untuk menambah telur atau tidak, sekiranya anda ingin manambah telur disarankan menggunakan 4 biji telur.
  13. Gaul bubur Asyura sehingga sekata dan bubur Asyura dituang ke dalam bekas yang dilapik daun pisang
  14. bubur Asyura dibiar sejuk dan sedia dihidang.

 

BACA JUGA DISINI:

CARA POS BARANG POSLAJU: CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara pos barang poslaju

CARA POS BARANG POSLAJU: CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)