CARA DELETE AKAUN INSTAGRAM
Media sosial merupakan aplikasi yang bukan sahaja membantu menghubungkan masyarakat, malah ia juga dapat menjadi sumber pendapatan masyarakat moden zaman ini. pada zaman serba canggih ini kita perlu mempunyai ilmu teknologi bagi memudahkan urusan harian yang mengutamakan kecekapan dan kemajuan. Oleh itu, marilah kita mempelajari bagaimana untuk memadam akaun media sosial instagram.
APA ITU INSTAGRAM?
Instagram adalah aplikasi perkongsian gambar dalam talian percuma dan platform rangkaian sosial yang diperoleh oleh Facebook pada tahun 2012.
Instagram membolehkan pengguna mengedit dan memuat naik foto dan video pendek melalui aplikasi mudah alih. Pengguna dapat menambahkan kapsyen ke setiap pos mereka dan menggunakan hashtag dan geotag berdasarkan lokasi untuk mengindeks catatan ini dan membuatnya dapat dicari oleh pengguna lain dalam aplikasi. Setiap catatan oleh pengguna muncul di feed Instagram pengikut mereka dan juga dapat dilihat oleh orang ramai ketika ditandai menggunakan hashtag atau geotag. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menjadikan profil mereka peribadi sehingga hanya pengikut mereka yang dapat melihat catatan mereka.
CARA DELETE AKAUN INSTAGRAM DI MOBILE PHONE
Pertama sekali anda harus Log In ke akaun instagram yang anda hendak delete
kemudian tekan butang profile di sebelah kanan bawah screen
Tekan pada burger menu icon di sebelah kanan atas halaman profile instagram anda
Tekan pada butang Tetapan di bahagian paling atas pilihan
seterusnya, cari butang Bantuan dan tekan butang tersebut
kemudian, anda harus tekan butang Pusat Bantuan yang akan bawa anda ke halaman website rasmi pusat bantuan instagram
tekan pada burger menu icon di sebelah kanan atas website pusat bantuan tersebut
pilih Uruskan Akaun Anda pada pilihan yang dipaparkan
kemudian, anda akan menjumpai butang Padam Akaun Anda pada pilihan tersebut
Anda diberi 3 pilihan berdasarkan keseragaman carian anda untuk memadam akaun instagram
pilh pilihan kedua iaitu Bagaimanakah saya hendak memadam akaun instagram saya?
Akhirnya, anda perlu tekan pada Padam Akaun Anda dan instagram akan memproses data untuk pemadaman akaun instagram anda secara KEKAL iaitu anda tidak akan dapat mengaktifkan, menggunakan, dan membuka instagram anda.
CARA DELETE AKAUN INSTAGRAM DI PC DAN LAPTOP
pergi ke laman web https://help.instagram.com/ dan pilih Urus Akaun Anda
kemudian, anda akan menjumpai butang Padam Akaun Anda pada pilihan tersebut
Anda diberi 3 pilihan berdasarkan keseragaman carian anda untuk memadam akaun instagram
pilh pilihan kedua iaitu Bagaimanakah saya hendak memadam akaun instagram saya?
Akhirnya, anda perlu tekan pada Padam Akaun Anda dan instagram akan memproses data untuk pemadaman akaun instagram anda secara KEKAL iaitu anda tidak akan dapat mengaktifkan, menggunakan, dan membuka instagram anda.
BACA JUGA DI SINI:
CARA BUAT BUBUR ASYURA: MENGGUNAKAN RESEPI KELANTAN YANG MUDAH