CARA DAFTAR ANAK DARJAH 1
Bagaimana cara daftar murid ke Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2025 / 2026 boleh dilakukan pada 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online atau atas talian untuk sekolah di Semenanjung Malaysia.
BACA JUGA DISINI : TARIKH KEPUTUSAN SPM 2024 DAN CARA SEMAK KEPUTUSAN SECARA ONLINE DAN SMS
Senarai Kandungan
CARA DAFTAR ANAK DARJAH 1 SECARA ONLINE
Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2025/ 2026 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
1.Layari laman Sistem Pengurusan Identiti KPM
2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3. Untuk pengguna baru (idMe) KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-
- Daftar Pengguna
- Manual Pengguna IDME (Cara daftar, kata laluan)
- Manual Pendaftaran Tahun 1 (Cara kemaskini maklumat anak dan ibu bapa)
4. Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
- Maklumat penjaga/ anak
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi kanak-kanak
5. Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
CARA DAFTAR DARJAH 1 SISTEM IDME
- Layari Portal Rasmi idMe (https://idme.moe.gov.my/login)
- Klik Daftar Baru
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
- Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk
- Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
- Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan
- Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan
- Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1
- Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon
- Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
- Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan
- Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar
- Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :- E-mel: [email protected].
Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT.
E-mel : [email protected]