in

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING : CARA MENGGUNAKAN SMART SELANGOR PARKING

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING : CARA MENGGUNAKAN SMART SELANGOR PARKING

Pemandu-pemandu di Kuala Lumpur selepas ini boleh membuat pembayaran parkir kenderaan mereka menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang membolehkan pemandu membayar bayaran parking mereka menggunakan smartphone apabila meletakkan kenderaan di petak letak kenderaan berbayar.

Sistem letak kereta bersepadu ini sebenarnya telah digunapakai di tujuh daerah di Selangor selepas diperkenalkan 1 Julai tahun lalu dan terkini mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan menggunakan sistem bersepadu yang sama.

Selain membuat bayaran petak letak kenderaan harian, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi SSP untuk membayar pengusaha petak parkir berbayar di Kuala Lumpur. Buat permulaan, 4 pengusaha petak parkir swasta telah bersetuju untuk bekerjasama menggunakan SSP.

Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar untuk membuat bayaran sebelum memasuki kawasan parkir milik persendirian atau syarikat swasta.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini:

  1. Tidak perlu lagi cari mesin bayaran parking.
  2. Tiada lagi masalah kalau mesin rosak.
  3. Tiada masalah mesin telan duit.
  4. Tidak perlu lagi letak tiket parking pada dashboard kereta.
  5. Tidak perlu lagi keluar dari pejabat untuk tambah tiket parking.
  6. Tak perlu lagi sediakan duit syiling. Kalau tak ada, jenuh nak tukar pula duit kertas dengan duit syiling.
  7. Tak perlu lagi pergi cari kupon gores dan parking.

Baca Juga Disini : CARA DAFTAR & SEMAK DIVIDEN KOPERASI TENTERA ONLINE

MUAT TURUN APLIKASI SMART SELANGOR

Anda hanya perlu memuat naik aplikasi Smart Selangor terlebih dahulu kemudian install di handphone anda:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bag pengguna IOS

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING

Setelah anda install aplikasi Smar Selangor di Handphone anda, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Buka aplikasi Smart Selangor.
  2. Klik pada New User
  3. Daftar ID pertama anda dengan menggunakan no telefon dan email
  4. Ciptakan kata laluan anda.
  5. Buat kali pertama, anda seharusnya tambah nilai minima RM10 (pembayaran boleh menggunakan FPX)
  6. Masukkan No kenderaan anda (maximum 6 kenderaan)
  7. Selesai, sekarang anda boleh menggunakan Smart Parking.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA GUNA SMART SELANGOR PARKING

Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara penggunaan Smart Selangor:

  1. Buka Aplikasi tersebut setelah anda meletakkan kenderaan dalam mana-mana kawasan Majlis Perbandaran dalam negeri Selangor.
  2. Masukkan No kenderaan anda.
  3. Kemudian pilih tempoh masa untuk meletakkan kenderaan
  4. Sahkan tempat parking kenderaan dan tempoh masa beserta bayaran yang akan dikenakan
  5. Pop Up pembayaran berjaya, klik Ok
  6. Paparan masa parking anda akan berjalan dan beberapa minit sebelum tamat aplikasi ini akan menghantar notifikasi peringatan.

SENARAI PBT DI DALAM APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

Berikut adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ada dalam aplikasi Smart Parking:

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Majlis Perbandaran Kajang
  4. Majlis Perbandaran Selayang
  5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  6. Majlis Perbandaran Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

BANTUAN MAIWP MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 : BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM3000

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE