in ,

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan. Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00. Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan. Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

BACA JUGA: BKM: CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 RM2000 UNTUK GAJI RM5000 DAN KE BAWAH

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON SJKP (SKIM PERUMAHAN BAGI YANG TIDAK BERGAJI TETAP)

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000

[MAKLUMAT LANJUT]

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BKM: CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 RM2000 UNTUK GAJI RM5000 DAN KE BAWAH

BKM: CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 RM2000 UNTUK GAJI RM5000 DAN KE BAWAH

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)

PAKEJ PERANTISISWA (CARA MOHON TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40)