in ,

E-TEMUJANJI LHDN : CARA BUAT TEMUJANJI LHDN UNTUK STAMPING

E-TEMUJANJI LHDN

E-TEMUJANJI LHDN : CARA BUAT TEMUJANJI LHDN UNTUK STAMPING

E-Temujanji lhdn diperkenalkan semenjak wabak covid-19 melanda negara kita.Kerajaan telah menghadkan jumlah bagi orang yang ingin berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, segala urusan di kaunter LHDN adalah secara janji temu. Pengoperasian ini untuk fasa 1 dan fasa 2 pelan pemulihan negara mulai 1 Julai 2021.

Bagaimana cara ingin membuat temujanji online urusan LHDN? Disini kami kongsikan cara ingin membuat e-janji temu hasil berjadual dengan pihak LHDN.

WAKTU OPERASI E-JANJI TEMU HASIL/E-TEMUJANJI LHDN

Waktu operasi perkhidmatan kaunter setempat cawangan / pejabat satelit lembaga hasil dalam negeri malaysia tahun 2021 adalah seperti berikut

NEGERI HARI WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SETEMPAT

Cawangan LHDNM (KECUALI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR)

Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Cawangan LHDNM Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Ahad – Rabu 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Khamis 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
*Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu

Pusat Bayaran Kuala Lumpur

Aras Tanah, Blok 8A,
Kompleks Bangunan Kerajaan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50600 Kuala Lumpur

Isnin – Jumaat

BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Kaunter Bayaran Cawangan Kota Kinabalu

Tingkat Bawah Menara Hasil, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu, Sabah

Isnin – Jumaat

BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Kaunter Bayaran Cawangan Kuching

Aras 1, Menara Hasil,
No. 1, Jalan Padungan,
93100 Kuching, Sarawak

Isnin – Jumaat

BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Makluman : Waktu perkhidmatan diatas adalah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

CARA BUAT/TEMPAH/BOOK SLOT e-JANJI TEMU HASIL

Berikut adalah cara membuat temujanji melalaui e-Temu Janji Hasil:

  1. Layari pautan e-Temu Janji Hasil: https://janjitemu.hasil.gov.my/
  2. Terdapat 3 urusan pilihan temujanji.
  3. Sekiranya pilih urusan Cukai:
    -Klik pada cukai
    -Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
    -Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
    -Pilih Slot Masa Temujanji
    -Isikan Email anda yang aktif
    -Tick Janji Temu untuk: sama ada sendiri/wakil
    -Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
    -Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
  4. Sekiranya Pilih Urusan Duti Setem & CKHT
    -Klik Pada Duti Setem & CKHT
    -Pilih urusan Janji Temu: Duti Setem/CKHT
    -Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
    -Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
    -Pilih Slot Masa Temujanji
    -Isikan Email anda yang aktif
    -Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
    -Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
  5. Sekiranya pilih urusan Bantuan Prihatin Rakyat
    -Klik Pada Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)
    -Pilih Janji Temu untuk: Diri Sendiri/Wakil
    -Isikan No Kad Pengenalan dan Nama Penuh
    -Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
    -Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
    -Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji

SOALAN LAZIM

Apakah urusniaga yang boleh boleh dibuat temujanji melalui e-Temu Janji Hasil?

Untuk membuat e-Temujanji Hasil, terdapat 3 urusan yang boleh dibuat temujanji iaitu:

  1. Cukai
  2. Duti Setem & CKHT
  3. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bagaimana cara penentuan giliran temujanji?

Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.

BACA JUGA DISINI

RENEW LESEN PEJABAT POS 2021 : CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    RENEW LESEN PEJABAT POS

    RENEW LESEN PEJABAT POS 2021 : CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

    CARA DAFTAR SSM ONLINE ezBIZ

    CARA DAFTAR SSM ONLINE ezBIZ : PANDUAN LENGKAP DAFTAR SSM ONLINE PERCUMA