in , ,

PENGELUARAN KWSP BERSASAR 2.0 : DOKUMEN / SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN

PENGELUARAN KWSP BERSASAR 2.0

PENGELUARAN KWSP BERSASAR 2.0 : DOKUMEN / SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN

Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar adalah langkah yang lebih baik dilaksanakan kerana ia akan memfokus kepada mereka yang amat memerlukan.

Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, suntikan tunai daripada pengeluaran KWSP pasti akan dibelanjakan untuk menyemarakkan ekonomi domestik.

Katanya, pengeluaran bersasar bukan sahaja kepada golongan B40 tetapi juga golongan M40 iaitu kepada sesiapa yang memerlukan dalam jangka pendek ini dan masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

Terdapat ramai pencarum yang mempunyai baki simpanan dalam akaun yang rendah apabila dibenarkan pengeluaran khas yang lalu. Jangka sekali imbas, mungkin pengeluaran kali ini hanya untuk memenuhi sebahagian kecil kehendak pencarum sahaja yang berbaki positif. Untuk semakan e-pengeluaran, sila ke portal rasmi – KWSP

Jika ada keperluan mendesar maka pengeluaran wang KWSP bersasar ini perlu dipertimbangkan mengikut keperluan ahli KWSP. Justeru hal ini perlu dipandang dan dikaji kerana perlaksanaan pengeluaran kwsp ini lebih baik dibenarkan secara bersasar. Katanya kepada bisnes Metro.

Menurut beliau, KWSP sebenarnya tabungan untuk hari tua, tetapi krisis yang tercetus daripada pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang tidak dapat mengelakkan pengeluaran ini.

Ramai yang telah terjejas dan tidak mempunyai tabungan simpanan yang mencukupi untuk jangka panjang. Mungkin pihak kerajaan perlu merumuskan cadangan baru untuk perbaiki kebajikan masyarakat Malaysia terutama kepada golongan sasar untuk masa kini dan masa akan datang.

Baca juga : BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB 2022 : PERMOHONAN / SYARAT ZAKAT KOPERASI TNB

TUJUAN PENGELUARAN KWSP

PENGELUARAN KWSP BERSASAR 2.0 AKAUN 2 UNTUK TUJUAN PERIBADI

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2022

1) PEMBAYARAN IBADAH HAJI

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun.

Tujuan permohonan ini adalah untuk perbelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

DOKUMEN PENGELUARAN HAJI

2) PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

3) PENGELUARAN KWSP UNTUK RUMAH

DOKUMEN PENGELUARAN KWSP BELI RUMAH

SYARAT PENGELUARAN KWSP BELI RUMAH

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

DOKUMEN PENGELUARAN BELI RUMAH

4) PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN

DOKUMEN KWSP PENGELUARAN PENDIDIKAN

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan jika ada sebarang persoalan mengenai pengeluaran kwsp 2.0 terkini, boleh hubungi KWSP Customer Careline di talian ini 03 – 8922 6000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KALENDAR SESI PERSEKOLAHAN

KALENDAR SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 : TAKWIM / KALENDAR AKADEMIK / CUTI PERAYAAN / TARIKH CUTI PENGGAL SEKOLAH

SECURETAC CIMB

SECURETAC CIMB : CARA AKTIFKAN / GUNA SECURETAC