in ,

BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB 2022 : PERMOHONAN / SYARAT ZAKAT KOPERASI TNB

BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB

BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB 2022 : PERMOHONAN / SYARAT ZAKAT KOPERASI TNB

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah koperasi yang ditubuhkan di bawah TNB yang ditubuhkan sejak 1951. Koperasi TNB kini telah membuka permohonan kepada asnaf yang memerlukan iaitu Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022. Pengagihan zakat yang dilaksanakan ini berlandaskan hukum syarak yang bertujuan untuk meringankan beban kumpulan asnaf yang memerlukan.

Pemohon beragama Islam yang berkelayakan dan memerlukan bantuan zakat ini boleh mengisi permohonan yang disediakan mulai 25 November 2022.

Berikut dikongsikan panduan dan syarat untuk memohon zakat koperasi tnb dengan lebih lanjut.

Baca juga : MYDAFTAR OKU : CARA DAFTAR / SYARAT MOHON KAD OKU ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB

SYARAT KELAYAKAN TNB

Bantuan zakat ini terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Beragama Islam dan warganegara Malaysia
  2. Tergolong dalam salah satu golongan yang berhak menerima zakat :
    • Fakir
    • Miskin
    • Fisabilillah

Pemohon perlu pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap sebelum dihantar.

Bantuan-Zakat-Koperasi-TNB

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon juga diminta untuk kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan kad pengenalan permohonan
  • Salinan kad pengenalan atau surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang kelas dan terang.
  • Salinan surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenan)
  • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan berkaitan.
  • Salinan penyata bank terkini/ nombor akaun bank
  • Salinan bil elektrik kediaman
  • Pengesahan dokumen oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau
  • Laporan doktor mengenai penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan.
  • Laporan doktor yang merawat pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja/pernah bekerja)
  • Bukti bergambar berkaitan pemohon.

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

KOPERASI TNB BORANG

  1. Pemohon boleh kemukakan permohonan dengan memuat turun dan mengisi borang di bawah:
  2. Borang mestilah diisi menggunakan huruf besar dan ditulis dengan jelas.
  3. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat atas nama pemohon (bagi yang berumur 18 tahun ke atas) atau ketua keluarga waris pemohon bagi pemohon yang masih berada di bawah tanggungan (bawah umur 18 tahun).
  4. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau sahaja yang akan dipertimbangkan.
  5. Pemohon perlu hantarkan borang permohonan berserta dokumen yang telah diakui sah ke alamat berikut :
  • Koperasi Tenaga Nasional Berhad
    96, Jalan Bangsar , 59200 Kuala Lumpur
    U/P: Encik Ahmad Syaqirin bin Shaharin
    (Unit Pematuhan & Syariah)

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Zakat Koperasi TNB, sila layari laman sesawang http://www.koptnb.com/ atau hubungi talian 03-2282 4660.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MYDAFTAR OKU

MYDAFTAR OKU : CARA DAFTAR / SYARAT MOHON KAD OKU ONLINE

UJIAN AKHIR SESI AKADEMI

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023 : TARIKH / FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK