in , ,

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : SENARAI BANTUAN & PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : SENARAI BANTUAN & PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir. Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM2.03 bilion melalui bantuan ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan demi kelestarian hidup.

Berikut dikongsikan senarai bantuan dan cara untuk memohon sebagai rujukan bersama.

Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA : CARA MEMOHON / SEMAKAN / SYARAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

JENIS BANTUAN BANJIR 

SENARAI BANTUAN BANJIR

Berikut adalah 3 jenis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu:

  • Bantuan Tunai
  • Pembiayaan
  • Bantuan Komuniti

SEMAKAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Tunai

Kerajaan serta agensi-agensi kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan tunai kepada mangsa banjir yang layak. Pemberian ini dijangka dapat mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam banjir bagi memulakan semula kehidupan mereka.

Contoh bantuan menerusi bantuan tunai adalah:

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.
  • Rebat 100% bil elektrik bagi pengguna domestik.
  • Rebat RM500 pembelian barangan elektrik.
  • Sumbangan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM2,500.
  • Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
  • Bantuan Kematian Wang Ihsan NADMA RM10,000.

BANTUAN TUNAI

Bantuan Pembiayaan

Pelbagai pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium sehingga 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir bagi memulihkan kehidupan mereka.

Contoh bantuan pembiayaan yang disediakan kerajaan adalah seperti berikut:

  • Moratorium pembiayaan akibat banjir.
  • Kemudahan pinjaman untuk PKS sehingga RM700,000.
  • Kemudahan pinjaman untuk perusahaan mikro sebanyak RM150,000.
  • Bantuan Pinjaman MyRinggit i-Banjir sebanyak RM10,000.
  • Pembiayaan Pemulihan Banjir Tekun Nasional sehingga RM100,000.

BANTUAN PEMBIAYAAN

Bantuan Komuniti

Bantuan komuniti adalah penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan banjir.

Contoh bantuan komuniti yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah:

  • Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN).
  • Penambahan sumber manusia bagi kerja-kerja pemulihan.
  • Pembersihan dan pembaikan rumah sebanyak RM5,000.
  • Pembaikan semula rumah yang mengalami kerosakan serius sebanyak RM56,000.

BANTUAN KOMUNITI

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

BWI telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALYSIA

CARA MEMOHON BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN BANJIR

Untuk makluman anda, anda sama sekali tidak disediakan borang permohonan bantuan wang ihsan RM1000 untuk anda isikan. Ini kerana kerajaan mahu mudahkan cara mohon duit bantuan bwi 1000. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Serahkan senarai nama anda sebagai ketua keluarga penerima bantuan kepada ketua kampung atau pegawai daerah di tempat anda
  2. Pegawai daerah akan kumpulkan senarai nama penerima untuk diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor dan Pahang untuk tujuan semakan dan pengesahan
  3. Kerajaan negeri Selangor dan Pahang akan memberikan wang bayaran terus kepada anda selepas menerima pembayaran dana peruntukkan dari pihak NADMA Malaysia

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut info mengenai banjir, sila layari Portal Bantuan Banjir iaitu https://bantuanbanjir.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA : CARA MEMOHON / SEMAKAN / SYARAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

SEMAKAN PKSK

SEMAKAN PKSK SESI 2023/2024 : CARA SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4