in , ,

BANTUAN KEWANGAN B40 : CARA MOHON / SYARAT BANTUAN JKM RM100 – RM350

BANTUAN KEWANGAN B40

BANTUAN KEWANGAN B40 : CARA MOHON / SYARAT BANTUAN JKM ONLINE RM100 – RM350

Bantuan kewangan b40 yang dikelolakan oleh JKM ini adalah inisiatif kerajaan untuk diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Salah satu inisiatif yang masih disediakan pada tahun ini yang membolehkan anda untuk mendapatkannya adalah Bantuan Am Persekutuan. Insentif ini dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM.

Baca juga : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150 2023 : CARA MOHON & SYARAT BAP UNTUK SEMUA MURID

BANTUAN KEWANGAN B40

BANTUAN KEWANGAN JKM

BANTUAN KEWANGAN 2022

Untuk sedia maklum, bagi yang berkelayakan menerima Bantuan Am Persekutuan ini, kadar bayaran telah ditetapkan iaitu serendah RM 100 sehingga RM 350 sebulan. Dan bantuan kewangan  ini diberikan setiap bulan bergantung kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Pada tahun ini ramai yang telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan B40 dari pihak JKM ini. Kepada anda yang kurang bernasib baik dari segi kewangan, disarankan untuk membuat permohonan kerana bantuan kewangan b40 ini terbuka kepada warganegara Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM

SYARAT MOHON BANTUAN JKM

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Kewangan B40 @ JKM (Am Persekutuan) seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan melebihi tempoh yang dibenarkan
  • Individu dan golongan yang memerlukan dan keluarga yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim atau program bantuan bulanan lain dari pihak JKM
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.

CARA MOHON BANTUAN JKM 

CARA MOHON BANTUAN JKM ONLINE

Sekiranya anda menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan bantuan JKM ini boleh dibuat dengan cara kemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan atau Bahagian berhampiran kediaman anda.

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting semasa permohonan seperti dibawah:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon (depan belakang)
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami/ isteri/ bapa/ ibu atau anak yang tinggal serumah
  • Sekiranya ada penyata gaji, anda perlu sediakan
  • Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Jika anda ingin semak maklumat lebih terperinci mengenai bantuan JKM ini, sila layari laman rasmi JKM – DI SINI

UNTUK MALUMAN

Bantuan ini dibuka sepanjang tahun untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN : KABINET MALAYSIA TERKINI

MYDAFTAR OKU

MYDAFTAR OKU : CARA DAFTAR / SYARAT MOHON KAD OKU ONLINE