SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN : KABINET MALAYSIA TERKINI
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.
Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya
Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi
Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Menteri Pelancongan
Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara
Ago Anak Dagang
Menteri Agama
Datuk Dr Mohd Na’Im Mokhtar
Menteri Belia Dan Sukan
Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Sumber Manusia
VN Sivakumar
Menteri Kesihatan
Dr Zaliha Mustafa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)
Armizan Mohd Ali
Sumber : Berita Harian, Utusan
UNTUK RUJUKAN
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai penuh kabinet kerajaan perpaduan, boleh layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan antara Kerajaan.
PUTRAJAYA: Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebelum Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.
Baca juga : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150 2023 : CARA MOHON & SYARAT BAP UNTUK SEMUA MURID
Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.
Laporan BH menyebut khabar angin Kabinet Anwar Ibrahim yang baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara semalam, berserta empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri.
Biarpun dengan hanya keterangan ringkas yang menyatakan baginda menerima menghadap Anwar jam 5 petang semalam, ia menguatkan lagi spekulasi senarai lengkap Kabinet baharu sudah dipersembahkan kepada baginda.
Difahamkan, pertemuan mingguan pertama Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong diadakan semalam berbanding kelazimannya setiap Rabu, berikutan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung semalam dan hari ini.
Dimaklumkan juga, Perdana Menteri akan kembali ke pejabatnya selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja.
Jika Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman mengenai senarai Kabinet kerajaan perpaduan hari ini, beliau dilihat mungkin mengadakan sidang media mengenainya selewat-lewatnya esok bagi memberi cukup masa untuk istiadat angkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata beliau difahamkan pengumuman itu akan dibuat sesegera mungkin.
Bagaimanapun, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenainya.
“Saya tak ada maklumat. Ada beberapa wartawan dah hubungi (saya) dan ya saya tak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.
“Yang saya difahamkan sesegera mungkin, tapi saya tak ada maklumat mengenai jangka masa itu,” katanya.

Turut menjadi teka teki bilangan menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik menerajui pelbagai kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.
Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet baru lebih kecil.
Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.
Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet.
Sumber : Buletin TV3, Harian Metro