in ,

DAFTAR LESEN MEMANDU ONLINE 2021 (KERETA DAN MOTOR)

DAFTAR LESEN MEMANDU ONLINE 2021

DAFTAR LESEN MEMANDU ONLINE 2021 KERETA DAN MOTOR

Bolehkah daftar lesen memandu online?

Berdasarkan carian yang kami lakukan, tidak ada cara untuk DAFTAR LESEN MEMANDU ONLINE 2021 setakat ini. Namun begitu,tidak mustahil pendaftaran secara online akan dibuka sehingga ada pemberitahuan kelak.Di sini kami kongsikan langkah untuk daftar lesen memandu seperti penerangan di bawah.

SENARAI MAKLUMAN UNTUK MENDAFTAR LESEN MEMANDU 2021

Sebelum anda ingin mendaftar lesen memandu, pastikan anda sedia maklum dengan maklumat baru yang dinyatakan supaya proses daftar lesen memandu anda berjalan lancar.

Maklumannya adalah seperti berikut:

  1. Mana-mana sekolah memandu di Malaysia wajib memaparkan kadar bayaran dan harga baru bagi lesen memandu kereta dan motor untuk tahun 2021.
  2. Setiap kenderaan calon akan mempunyai kamera pemerhatian bagi mengelakkan berlakunya kesalahan jenayah dan terjadi isu digagalkan lesen memandu dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah oleh penguji.
  3. Tidak ada lagi ujian praktikal yang dijalankan bersama kakitangan JPJ.
  4. Ujian praktikal lesen memandu tanpa test JPJ akan dikuatkuasakan.
  5. Ujian komputer akan dipantau sepenuhnya oleh sistem video ketika berada di dalam bilik ujian.

CARA-CARA DAFTAR LESEN MEMANDU KERETA

Ikuti cara-cara untuk mendaftar lesen memandu bagi anda yang baru pertama kali hendak mengambil lesen.

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Bagi Pendaftaran Kali Pertama, sila Daftar di Kaunter Sekolah Memandu pilihan anda.
  2. Pegawai Pemasaran akan menghubungi anda.
  3. Anda wajib membuat Pembayaran Pendahuluan untuk Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
  4. Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  5. Pada hari Sabtu akan diadakan Kursus Bahasa Malaysia.
  6. Kursus Bahasa Inggeris diadakan pada hari Ahad.
  7. Calon hendaklah Berpakaian Kemas dan Sopan mengikut Etika Pemakaian JPJ.
  8. Setelah menghadiri Kursus KPP, calon akan menduduki Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
  9. Ujian Komputer akan dijalankan mengikut Tarikh dan Masa yang ditetapkan.
  10. Markah lulus bagi Ujian Komputer ialah 42/50.
  11. Selepas itu, calon akan memperolehi Lesen L dalam masa 1 minggu.
  12. Calon diwajibkan membuat pembayaran kedua bagi menjalani KPP 2.
  13. KPP 2 akan dijalankan selama 16 jam.
  14. Masa 8 jam akan diberikan untuk belajar memandu di dalam Litar.
  15. Setelah selesai KPP 2, calon akan menjalani Latihan KPP 3.
  16. Latihan KPP 3 adalah memandu di Jalan Raya.
  17. Calon diwajibkan untuk membuat bayaran Latihan KPP 3.
  18. Tempoh masa belajar memandu di Jalan Raya adalah 8 jam.
  19. Borang Belajar Memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani Latihan KPP 2.
  20. Calon akan menduduki Pra-Ujian.
  21. Pra-Ujian akan dijalankan oleh Jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
  22. Calon yang lulus Pra-Ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
  23. Seterusnya, calon akan menjalankan Ujian Praktikal JPJ.
  24. Calon yang lulus dalam Ujian Praktikal JPJ akan mendapat Lesen Memandu P.
  25. Calon akan menerima Lesen P tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu.
  26. Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan Lesen Memandu.

CARA-CARA DAFTAR LESEN MOTOR UNTUK KALI PERTAMA

Selain daripada mendaftar lesen memandu, anda juga boleh mendaftar lesen motor jika anda hendak menunggang motosikal kemana sahaja yang anda inginkan.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar lesen motor:

  1. Mendaftar di sekolah memandu pilihan anda.
  2. Mengikuti Kursus dan Latihan Teori Kelas Memandu selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  3. Menduduki Ujian Komputer.
  4. Selepas lulus Ujian Komputer. (Sekiranya berjaya)
  5. Akan mendapat Lesen L untuk Motorsikal.
  6. Menjalani latihan menunggang motorsikal.
  7. Menjalani Ujian JPJ.
  8. Selepeas lulus Ujian JPJ. (Jika berjaya)
  9. Mendapat Lesen P.
  10. Calon akan mendapat Lesen Penuh selepas 2 tahun.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai daftar lesen memandu?
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai lesen memandu dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk ke laman sesawang rasmi https://www.jpj.gov.my.pada bahagian Soalan Lazim.

Anda juga boleh menghubungi pihak JPJ jika mempunyai sebarang aduan atau soalan untuk diajukan di talian 03-8000 8000

BACA JUGA DISINI : PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE (CUKAI JALAN/ROADTAX)BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT DI PUSPAKOM MULAI 1 SEPTEMBER 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MEMINDAHKAN DATA DARI HP LAMA KE HP BARU

CARA MEMINDAHKAN DATA DARI HP LAMA KE HP BARU