in

TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN DISEMBER

TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN DISEMBER

TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN DISEMBER

Pembayaran bulan Disember dijangka akan dibayar pada 1 Disember 2021. Dan ianya akan dibayar secara berperingkat mengikut kumpulan masing-masing. Berikut merupakan tarikh rasmi untuk bulan-bulan pengeluaran i-Citra:

  • Ogos – 2 Ogos 2021
  • September – 1 September 2021
  • Oktober – 1 Oktober 2021
  • November – 1 November 2021
  • Disember (Akan Dikemaskini Setelah Kami Menerima Notifikasi)

BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN BKC FASA 2

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN DISEMBER

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui https://icitra.kwsp.gov.my/, tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

[CARA BUAT PERMOHONAN DI PORTAL RASMI I-CITRA ONLINE]

  • Layari https://icitra.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN.
  • Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  • Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
  1. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN atau,
  2. Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk
  • Tekan TERUSKAN.
  • Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  • Semak semua maklumat dan tandakan sebelum tekan HANTAR. Selesai.

[MAKLUMAT LANJUT]

sebarang kekeliruan sila ke:

Talian Hotline I-Citra: 03-8922 4848

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-8922 6000

atau Sila layari laman web rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MEMOHON ISAYANG KWSP

CARA MEMOHON ISAYANG KWSP