E-PENGAMBILAN PDRM 2023 : PERMOHONAN JAWATAN POLIS & SEMAKAN STATUS ONLINE
Berita baik buat Warganegara Malaysia! Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian anggota pdrm, boleh membuat permohonan jawatan kosong Polis GRED YA5 & YT1 yang akan dibuka bermula 27 Disember 2022.
Permohonan terbuka kepada kepada semua rakyat malaysia yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan.
Berikut dikongsikan panduan untuk memohon sebagai rujukan untuk anda.
APA ITU e-PENGAMBILAN PDRM?
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
TARIKH PERMOHONAN e-PENGAMBILAN PDRM 2022
Proses pengambilan PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN. Permohonan bagi jawatan PDRM akan dimaklumkan sekiranya terdapat kekosongan dalam masa terdekat.
PENGAMBILAN TERKINI
- Tarikh permohonan jawatan Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki / Wanita) akan dibuka pada 27/12/2022 HINGGA 09/01/2023 dan,
- Tarikh permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) akan dibuka pada 12/01/2023 HINGGA 25/01/2023
Individu yang belum mendaftar boleh membuat pendaftaran di portal e-pengambilan Polis Diraja Malaysia sebelum memohon pada tarikh yang ditetapkan.
(Rujuk kelayakan Skim Jawatan sebelum memohon).
E PENGAMBILAN PDRM SYARAT KELAYAKAN
- SARJAN GRED YA5
- Untuk memohon jawatan Sarjan, pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
- Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; - Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- KONSTABEL GRED YT1
- Calon yang ingin memohon jawatan konstabel perlu lulus PMR /PT3 dengan kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat gred C dan lulus mata pelajaran lain termasuk Matematik.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
- Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
CARA DAFTAR E-PENGAMBILAN POLIS
Berikut adalah Cara Mendaftar:
- layari pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
- Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
SEMAKAN E PENGAMBILAN PDRM
SEMAKAN JAWATAN e-PENGAMBILAN PDRM
- Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
- Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
- Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
- Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
- Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
E PENGAMBILAN PDRM LOGIN & CARA MENGISI BORANG
Berikut adalah cara login e-Pengambilan PDRM & cara mengisi borang:
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
- Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
CARA PERMOHONAN POLIS MELALUI LOGIN e-PENGAMBILAN PDRM
- Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN e-PENGAMBILAN PDRM ONLINE
- Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN SPIER – PDRM & PANGGILAN TEMU DUGA LISAN
- Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 8 Ogos hingga 22 September 2022.
- Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan Klik di ‘Semakan Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
- Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.
UNTUK RUJUKAN
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk @ e pengambilan pdrm contact number 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/