VAKSIN UNTUK 18 TAHUN KE BAWAH (PORTAL VAKSIN ANAKKU)
Vaksinasi remaja (PICK-Remaja) akan bermula Khamis ini (23 September 2021) di 156 pusat vaksinasi (PPV) di seluruh negara, yang melibatkan semua jenis remaja, termasuk mereka yang tidak bersekolah.
ibu bapa dan penjaga kepada remaja disarankan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera bagi membolehkan remaja mendapatkan sijil vaksinasi digital masing-masing.
Vaksinasi dibuat berdasarkan lokasi berhampiran sekolah di mana PPV telah dikenal pasti. Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan masuk ke PPV berhampiran rumah mereka, dan sekolah yang berkenaan akan memberikan jadual vaksinasi kepada remaja dan ibu bapa mereka.
Bagi remaja yang menerima tarikh vaksinasi untuk PPV di sekolah, kumpulan pelajar ini mesti mengekalkan janji temu yang ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan memasuki PPV awam atau Integrasi. Namun, jika kuota vaksin PPV telah habis digunakan pada hari itu, mereka akan membuat janji di PPV yang sama atau klinik kesihatan swasta yang berdekatan pada hari berikutnya.
Remaja yang menuntut di IPTA/ IPTS yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai IPTA/IPTS
ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi remaja mereka.
BACA JUGA: ESYARIAH SEMAK STATUS PERKAHWINAN
CARA DAFTAR DI PORTAL VAKSIN ANAKKU
- Ibu bapa / penjaga atau remaja perlu mendaftar di MySejahtera
- Ibu bapa / penjaga menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah
- Pengetua / ketua institusi mendaftar dalam portal Vaksin Anakku di (http://vaksinanakku.herokuapp.com/)
VAKSIN UNTUK 18 TAHUN KE BAWAH
PICK Remaja ini penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada Oktober ini, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar peperiksaan. Jika sesebuah kawasan itu mempunyai sedikit bekalan vaksin, KKM akan melaksanakan PICK itu dimulakan bagi remaja berusia 16 dan 17 tahun, manakala bagi kawasan yang vaksinnya mencukupi, pihak KKM akan membenarkan semua remaja untuk mendapatkan vaksin.
KKM memohon agar semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal Vaksin-Anak-Ku.
KKM bakal menubuhkan satu pasukan petugas khas yang dikenali sebagai Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) yang ditugaskan untuk membuat penetapan dasar dan penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja. Selain itu, CITF-A juga berperanan mengkoordinasi strategi dan tindakan pelaksanaan di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan agensi swasta yang terlibat.
Proses pemberian vaksin kepada remaja akan dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu secara jangkau luar ke sekolah atau institusi secara berjadual bagi memudahkan remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh atau asrama harian.
Janji temu vaksin bagi dos satu akan diberikan di klinik swasta atau sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka manakala dos dua akan diberikan di sekolah masing-masing atau di lokasi pemberian dos satu sekiranya sekolah mereka belum beroperasi Dalam pada itu, KKM berkata, kaedah khusus untuk remaja dengan komorbid adalah mereka perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka. Bagaimanapun KKM memaklumkan, bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu bapa atau penjaga, mereka diberikan janji temu ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.